Hey!look here =)

17.7.10

Whats on my mind?


Langit di beaufort menangis hari ini.......................

Air matanya boleh dilihat....didengar dan dirasa.....

15.7.10

AKU DAN DIA: SAYA IKHLAS NAK KAWAN DENGAN AWAK

Bekerja di kilang ada pasang surutnya…ada masanya rasa senang sebab tak ada masalah yang menggangu…ada masanya pulak rasa tertekan dengan karenah orang…kerja banyak….

Di kilang ni terbahagi kepada bahagian-bahagian tertentu…berbeza bahagian…beza produknya…setiap bahagian dipanggil Line sebab membentuk barisan yang panjang. Tempat aku pulak dipanggil Tetra Line..Di Tetra Line bercampur-campur pekerja. Ada permanent workers yang berpakaian batik hijau dan ada contractors macam aku yang berbaju biru dan pekerja yang baru masuk cuma aku dan Ida. Waktu rehat aku and Ida sengaja diatur biar sama supaya kami boleh pergi café sekali, join group Liza and the rest of the gang yang kerja di Line depan. Waktu rehat barulah masing-masing boleh bercerita sesuka hati..kalau time kerja,semua jadi bisu terus!...huhu..tak la semua…mungkin aku ja…Waktu rehat kalau tak ke Café, kami keluar duduk di kawasan locker sambil sembang-sembang melawak tak ingat..betapa rapatnya kami masa tu walaupun baru kenal kat situ..except Liza and I lah..

Semasa buat kerja, there were few times I was pair up with Ida. Aku tak kekok dengan Ida sebab dia memang peramah. Ada saja yang dibualkan dan yang aku perasan, dia selalu cerita tentang sepupu dia yang seumur dengan aku. Dia selalu jogging dengan sepupu dia…dia minta tolong sepupu dia menyamar jadi tunang dia..sepupu dia ni suka buat lawak la…dan macam-macam lagi. Pokoknya dorang memang rapat lah..bagai isi dengan kuku gitu. Tapi aku tak ambil pot sangat cerita Ida..cuma sekadar mendengar..lepas Ida bercerita, aku pun bercerita juga..tak mau kalah…hahaha…sudah begitu rapat, kami mula bertukar-tukar no.telefon. Masa tu aku masih bergantung harap dengan HP bapa..jadi kalau apa-apapun guna HP bapa..sebab bapa sporting sikit.hehe..Bapa pun faham dengan keinginan anak perempuannya yang satu ni..lagipun masa tu aku bukan guna HP sangat. .meaning that still not worth it to have my own cell phone that time.

Mahu dijadikan cerita, suatu malam..ada satu SMS diterima. Kebetulan HP bapa masa tu ada di tangan. Berdebar-debar bila baca mesej tu. Habis satu rumah aku jaja isi SMS tu. Rasa takut, hairan, lucu, suka pun ada…hehehe..SMS tu berbunyi..

Assalamualaikum Hanisah…boleh kenal?..Saya ikhlas nak kawan dengan awak.SAIFUL ASWAD BIN MARZUKI.

Dalam mesej tu dititipkan gambar sekuntum bunga ros.

My mum tak kasi I reply the SMS…

Malam tu jugak I even asked my bestfriend Rasslenda about the message. She advised me jangan layan orang tu..kan Nisa nak sambung belajar…kena kejar cita-cita dulu katanya….so..i decided not to layan and delete the message but before that!.....i wrote down the number on a paper…hehehehe….terasa kurang asam kaaaan??...Hati ni memang teringin nak tahu siapa sebenarnya secret admirer nih…sebenarnya aku dah suspek seseorang…nanti nak tanya dia!
Jadi..pada hari bekerja…sehari selepas aku terima SMS tu…aku dapat chance untuk buat little interrogation…cewah!....

“Ida, ko kenal tak orang nama SAIFUL ASWAD BIN MARZUKI?”

Ida buat respon terkejut…. “Haaa??”…katanya tapi dihujung bibir dia dah meleret sengih…

Aaah…tak boleh jadi ni…mesti Ida tahu sesuatu nih!.... “ Ida cakap betul-betul…ko yang kacau aku aritu kan?...”

“Aik..napa aku pulak…”

“Ya lah…lepas aku bagi no.fon kat ko..tak lama lepas tu terus ada orang yang nak berkenalan..ko kenal ka tak ni??”….sambil aku tekan-tekan bahu dia sebab Ida dah mula tergelak…bukankah dah separuh terbukti tu?...hahaha..

Ida akhirnya mengaku..tu nama sepupu yang dia selalu cerita tu…Ida yang bagi no.fon aku kat dia…

“I see….”…dalam hati berbunga-bunga…hehehehhe….

I cant remember what happened next…and the day after that..I think we haven’t contact each other until SPM result was out…

Aku tak dapat pi sekolah masa result keluar sebab bekerja…Liza yang tolong tengokkan result aku sebab dia off haritu….result aku masa tu ialah…………………..TEEEEYYYYTTTTTTT!!!!.....Takda la excellent pun…kwang3….malu nak cita…tapi result aku and Liza lebih kurang ja…sebab kami pi tuition sama-sama kot…hehehe….
Nak dijadikan cerita, petang tu bapa yang datang jemput aku balik kerja…aku dah tak naik bas kilang dah sebab dah pindah rumah lain dan takda bas kilang yang lalu kawasan rumah baru masa tu…so kembali minta dijemput dan dihantar oleh orang tua…masuk ja kereta, bapa bagitau tadi ada kawan hantar SMS…Aku check inbox HP bapa..ada satu SMS yang tak bernama..Cuma keluar nombor…dan masa tengok no.fon sender tu aku dah jadi berdebar-debar….I read the message and definitely it was for me…ucap tahniah untuk result SPM aku…walaupun aku rasa macam tak layak ja ucapan tahniah tu.huhu…..I bet orang ni bukan tau pun result aku nih…huhuhu….dan itu adalah SMS kedua dari si dia….

Ingat juga dia kat aku eh………..sejak tu selalu terfikir dia ni siapa sebenarnya…orangnya macamana………tapi malu nak tanya Ida lebih-lebih….hmmmmmm……………

Bersambung……..

6.7.10

AKU DAN DIA : MINAH KILANG

Aku selalu teringin menulis cerita cinta kami tapi selalu saja ada halangan…boleh jadi tiada mood..Tapi hari ini aku dapat semangat daripada si dia…tulislah pasal kisah kita katanya…dia pun ada hasrat yang sama…jadi alang-alang sudah begitu…kenapa tidak diteruskan….betul tak?..jadi…aku dah ada hati nak menulis..mungkin tidak secara terus mengenai kami tapi inilah ceritanya…

Selepas habis SPM…aku dan Liza teman baikku a.k.a schoolmate, sama-sama mencari kerja….aku lebih kepada mengikut Liza sebenarnya..dia lebih berpengalaman dalam mencari kerja….aku dan Liza pergi mengisi borang di syarikat Manpower...Kerja yang kami pohon waktu itu adalah sebagai operator pengeluaran kilang. Minggu berikutnya kami dapat panggilan telefon yang meminta kami untuk datang ke Manpower dan diberitahu beberapa orang akan diambil untuk bekerja di kilang Motorola. Dalam taklimat hari tu, kami diminta untuk berkumpul di kilang Motorola awal pagi Isnin..jam 6 pagi!

Sampai hari yang ditunggu, aku,Liza dan beberapa orang lain datang berkumpul di Motorola…ramai jugak masa tu…lebih 7 orang seingat aku..kami masing-masing bercerita sambil berkenal-kenal..di sanalah aku berkenalan dengan Ida, Amy, Aida dan seorang lagi aku lupa namanya…Za barangkali…

Dari pukul 6 pagi sehingga pukul 7 masih belum nampak kelibat En. Shahir, ejen kami…rupa-rupanya panggilan untuk datang ke Motorola pagi tu dah dibatalkan..ada yang sudah balik kecewa..kami pulak masih menunggu kerana En. Shahir berjanji untuk datang…akhirnya En.Shahir datang untuk menerangkan kepada kami sudah tiada pengambilan pekerja untuk minggu itu..tetapi kami lantang meminta hak…En. Shahir akur..dia menjanjikan tempat di dalam Motorola....


credit to google.com

Sampailah hari pertama kami bekerja…terkial-kial aku pada hari pertama…aku bekerja di line Tetra bersama Ida..Liza dan yang lain-lain pulak bekerja di Line depan…aku ditempatkan di bahagian menguji Radio(walkie talkie) menggunakan mesin… Sonia(bukan nama sebenar) yang juga contractor dari Manpower mengajar aku menggunakan mesin tu..memang mudah..Cuma pasangkan nat pada hujung radio kemudian masukkan ke dalam mesin..klik pada screen untuk test…lepas tu perhatikan resultnya..sama ada passed..atau failed…aku keliru nak bezakan jenis-jenis radio..kerana lain radio..lain mesinnya…Sonia tiba2 naik bengang bila aku terkeliru begitu…sampai dia berkata ish!...geram jugak aku masa tu…berlagaknya dia….tapi aku pendam dan cuba bezakan sendiri…dia anggap aku boleh tangkap semuanya dalam satu explanation yang laju macam bullet train tu ka??....

Balik ke rumah saja hari itu aku terus mengadu pada umi dan bapa…Matilah kerja macamni!…kerja 12jam!..kena berdiri sepanjang masa!…lepas tu rasa terasing sangat sebab masih baru….haaaah…..betul-betul rasa tak tahan…dah fed-up!..nak berhentiiiiiii…..Tapi umi dan bapa gelakkan aku ja.. “Mana ada orang mati kerja kilang melainkan bahaya..tengok orang lain…ok ja pun…” Betul jugak….tapi aku ambil masa untuk sesuaikan diri…Aku, Liza dan kawan-kawan yang lain sentiasa rehat sama-sama…nasib kami sama…contractor dari Manpower…kami makin rapat..tambah-tambah lagi semua dalam geng ni sebaya…umur tak jauh beza…orang-orangnya pulak suka melawak…macam Ida..Amy…Aida…aku pulak?pemalu…….hehehehehehe……

Hari makin hari aku dah boleh suaikan diri bekerja di Motorola…dengan gogglenya…uniform birunya..tak lupa safety shoes..senior-senior selalu ingatkan “Safety shoes jangan lupa tukar lepas balik keja…kasut ni sensitive..tak boleh pakai di luar kilang…dalam kilang pulak kena selalu pakai google.. kalau tak nak malu pakai goggle macam snorkeling goggle tu…pakai cermin mata yang takda power pun takpa macam akak ni…kat sini dah ada kes operator yang matanya tercucuk tweezer!....” Ya Allah….ngeri!....jadi sebab tu kena patuh pada arahan dan etikanya….

Aku bekerja 2 shift…setiap shift 12 jam…6am-6pm atau 6pm-6am… mula-mula bekerja, aku dihantar dan diambil oleh umi atau bapa…sebab tak mahu menyusahkan umi dan bapa lagi, aku cuba untuk guna perkhidmatan bas kilang. Akak-akak dari Line Tetra banyak membantu… “Adik cari no plat sekian..sekian…bas tu lalu dekat Batu Uban”…Habis kerja waktu jam 6 petang….pekerja-pekerja mula sibuk balik…ada yang berjalan santai…ada yang kelam kabut..ada yang masih sembang-sembang di kawasan locker…petang tu aku tak ambil masa lama di kawasan locker..aku ambil beg..ucap bye pada kawan-kawan dan terus bekejar mencari bas..macam orang sesat saja..terpusing-pusing…terhendap-hendap melihat no.plat…biar dapat bas yang betul..

Alhamdulillah akhirnya dapat juga…bila naik bas tu ada yang pandang semacam..tapi biarlah…rasa nak pulang sangat-sangat masa tu…nasib baiklah bas memang berhenti di bus stop Batu Uban..rupa-rupanya ada juga permanent worker dari Motorola yang turun di situ..aku dah mula menggelabah nak bagitau driver masa tu…memang penakut sikit…huhu…turun-turun ja dari bas..aku kena jalan kaki masuk ke kawasan flat batu uban….jalan sambil tunduk masa tu..penatlah katakan….dalam kepala fikir nak balik rumah…nak balik rumah…nak balik rumah…tiba-tiba aku baru perasan…………………..aku tak tukar kasut….aku pakai safety shoes balik rumah!..wawawawawawawa……….

Bersambung…………

15.4.10

Pembelajaran Kooperatif : JIGSAW

Hufff....sebagai salah seorang yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan...aku rasa bertanggungjawab untuk berkongsi perkara ni pada sesiapa yang berminat nak tau....or nak paham konsep JIGSAW or nak cuba kaedah ni dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran nanti(P&P)....

Aku takda la nak hurai berjela2 pasal Cooperative Learning (CL) ni sampai nak habaq siapa pengasas kaedah ni segala sebab aku pun tak ingat siapa pengasasnya..huhuhu...tapi sebenarnya nak share cara2 yang lebih baik atau afdhol untuk melaksanakan teknik JIGSAW....

Tapi lebih molek kalau aku bagi intro sket pasal CL dlu....CL ni adalah salah satu teknik mengajar yang student-centered...di mana pelajar2 membentuk beberapa kumpulan dan dalam tiap2 satu kumpulan itu terdiri daripada pelajar2 yang berbeza tahap iaitu tahap yang cemerlang, sederhana dan lemah....kumpulan2 pelajar ini terlibat secara aktif dalam aktiviti P&P dan setiap ahli kumpulan harus memastikan rakan2 mereka memahami topik yang dipelajari....

Terdapat banyak teknik pengajaran dalam CL...antaranya JIGSAW, STAD,TGT...dan arini aku nak share macamana nak implement JIGSAW in classroom..sebab aku dah 3 kali buat teknik ni...dan dari semasa ke semasa dapat la dibuat penambahbaikan...lebih2 lagi selepas dikomen oleh pensyarah aritu...huahuahuahua....

ok...macamana nak buat JIGSAW...

1. Kalau pertama kali buat dalam kelas tu...explain dulu pada students apa dia konsep pembelajaran koperatif and JIGSAW supaya dorang tau apa yg dorang buat....takda la ikut arahan guru semata-mata.

2.Bahagikan pelajar2 kepada kumpulan2 yang kecil...contohnya kelas tu ada 20 orang.bahagi la kepada 4 kumpulan...setiap kumpulan ada 5 orang....pastikan ahli2 kumpulan tu heterogenous...jangan bagi depa duduk dengan clique dorang ja...kalau x tahu tahap dorang mcmana....just divide them randomly...cara yang paling klasik adalah....bahagi dorang ikut nombor....bilang 1 sampai 5 untuk 1 kumpulan....keep counting until we get four groups with 5 members and each member need to remember their number.

3. Arahkan pelajar2 duduk dalam kumpulan yang diatur tadi dan cikgu perlu remind student that this is their ORIGINAL GROUP...

4. Apabila ada 5 ahli dalam 1 kumpulan, maksudnya setiap seorang akan jadi expert/pakar bagi 1 topic...maksudnya pelajar no 1 akan jadi expert untuk topik 1,pelajar no 2 akan jadi expert untuk topik 2..dan seterusnya hingga ke topik 5. Ini bergantung kepada berapa topik yang ingin dibincangkan.

5. Seterusnya, pelajar perlu duduk mengikut kumpulan expert masing2 dan berbincang untuk memahami topik masing2....contohnya semua pelajar yang memegang topik 1 akan duduk semeja dan seterusnya hingga topik 5.

6. Cikgu perlu bagi guideline pada expert bagi setiap topik supaya nanti takkan ada maklumat penting yang tercicir semasa perbincangan...cikgu boleh menyelia dari meja ke meja untuk memastikan pelajar2 berada di landasan yang betul.

7.Selepas habis perbincangan...arahkan pelajar balik semula ke ORIGINAL GROUP...dan pelajar ikut giliran mengikut topik untuk ceritakan balik apa yang dorang dah belajar dalam expert group based on guideline yang diberi tadi.

8.Selepas perbincangan dalam ORIGINAL GROUP berakhir, cikgu boleh melakukan aktiviti pengukuhan untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan content knowledge yang diperolehi.

9.selesai.


Hohohoho....bila aku baca balik entry aku ni...aku pun jadi confuse...ni entry ilmiah ka entry tak boleh blah ni....jadi marilah menganggap entry ini separa ilmiah dan tak boleh blah sebab ayat2 pun tunggang langgang dan macam rojak!....erggh....lama tak makan rojak!..ada org kata Rojak di Kepayan sedap..i was looking for that stall...tapi teda pun...haiya.....

ok la..apa2pun...harap2 entry ni beri manfaat sesiapa yg membacanya.......

Salam.........

17.2.10

Just need to let it out

Aku pernah terbaca satu blog...penulis blog tu kata hidup ni simple ja sebenarnya.....manusia yang merumitkan....hari ni aku teringat balik ayat2 tu...in my condition rite now terus aku terfikir macamana orang tu boleh asingkan kehidupan dengan manusia...tanpa manusia...there is no life...and without life...there is no human...manusia tak merumitkan hidup...hidup adalah kerumitan...di dalam kerumitan pasti wujud benda yang simple....manusia sentiasa diuji...uji dan diuji...betapa aku memaksa otak ni untuk berfikiran begitu...aku juga jadi tertekan....kenapa diuji begini.....kadang2 aku berharap ujian yang berada dalam kawalan aku..maksudnya segala masalah berpunca dari diri sendiri...tapi kadang2...aku harap ujian tu berada diluar kawalan aku...maksudnya bukan aku yang mencipta masalah...

erm....kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang...bahkan tak akan tau apa yang akan jadi esok...atau sejam berikutnya.life is really unpredictable journey.....lain yang kita angankan...lain yang kita harapkan...lain pula yang jadi....tapi tak semuanya yang berlaku tu teruk...kadang2 kita takut untuk menempuh hari esok...tapi bila tiba hari seterusnya...berita baik akan muncul....but again..unpredictable....

Tapi bila baca buku La Tahzan, memang logik apa yang tertulis dalam tu...it's sort of like this...gunakan hari ini sepenuhnya....dan hari esok masih dalam angan2...aduii...that is so true!.....kadang2 bilaa memikirkan hari esok kita akan jadi sedih....dan ya....bila fikir tentang hari yang lepas...lagi tambah sedih........la tahzan.....

Aku tak tahu aku membebel apa kali ni...pada siapa yang baca...sangat2 terimakasih...kalau ada la kan...hahahaa....

So long people....im dead...daaa~~~


12.2.10

!!!

Wah!!!buhsan tahap dewa....nda kira berapa jam aku stay d cc...berapa banyak DVD aku tengok...berapa banyak ketul ayam KFC aku makan.....rasa boring ni nda pandai hilang2......orang lain dah balik kampung jumpa keluarga.....partner aku plak balik umah bakal mentua dia....huhuhuu.......boringnya hidupku saat ini....sob3...........................

HAPPY HOLIDAY SEMUA!!CIKGU NEESA CUTI SEMINGGU~~
 
Aim for 50! - Simpl3 Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]