Hey!look here =)

8.9.11

Pelajar bengang dengan aku

wuh!lama gila tak ber'aku-aku' dalam blog ni...gini baru la rock!haha...arini mood bengang!rock!ganas!huaaaarrggghhh!!!.....

arini aku masuk kelas 4XYZ..dipendekkan cerita..semasa aku tengah mengajar.tetiba ada pelajar yang duduk belakang bertepuk tampar..maybe bergurau la tu..so aku cuba pisahkan..aku suruh sorang budak tu pindah tempat duduk...Fuh!Punya besaarrr ego dia...dia langsung tak mau...muka dia dah hangus bengang gila dengan aku..kepalanya terpusing sana sini..matanya dah menjeling tanda tak puas hati..aku siap ugut kalau dia tak mau pindah aku keluar dari kelas dorang..kekekeke...cam bodoh punya ugutan..saja ja tu..play along the ego game...

Bila aku dah ugut gitu..budak2 lain terus berlumba2 nak offer ganti budak tu..dorang pulak yang nak pindah tempat duduk...so bila fikir logik..tak guna aku buang masa aku layan budak keras kepala camtu...so i said.."Fine~x mau pindah..x pa..kasi keras la kepala kau sana"...

Aku terpikir gini ka adik2 aku masa di sekolah..haish......aku tegur dia tu bukan apa..aku cuma xmau dia hilang perhatian semasa aku mengajar sebab asyik bermain di blakang kelas....sebab aku tengok budak ni masa aku bagi latihan..kerjanya bercerita..sambil buku latihan kosong tertadah di atas meja...paling bagus dia boleh buat ialah salin soalan..lepas tu bercerita....tapi bila aku suruh dia pindah tempat..mula tunjuk ego..muka tak puas hati.....haih............so, nak aku cakap apa??"lantak kau lah nak jadi apa!" hahaha...betul orang tua2 cakap..."Marah tanda sayang...kalau orang tak marah tu tanda orang tak peduli..."


LIKE! kalau korang pun bengang!!hahaha!

31.8.11

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 54!!

30.8.11


Saya dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin! Terimakasih kerana membaca blog neesajun.blogspot.com!


24.8.11

18SG-Dibakar hidup2 kerana mencuri!

Saya terjumpa video ni semasa blogwalking....seriously macam "WTF?" sebab curi kentang ja dorang dibelasah (boleh terima lagi) lepas tu dorang dah helpless terbaring on the ground, tiba2 ada yang datang SIRAM gasoline on these guy and SET THEM ON FIRE...whoaaaa!!sadis!!


Watch at your own risk! Jangan cakap saya tak kasi amaran ya?





I try to find the story behind all this..rupa2nya ini bukan kali pertama kes bakar membakar ni...ada beberapa lagi video menunjukkan aksi orang dibakar hidup2 sebagai hukuman...mob jugde/lynching istilahnya...dimana orang awam la yang menjadi hakim dan menjatuhkan hukum....kes ini berlaku di kenya di mana negara tersebut diakui sendiri oleh masyarakat tempatan di mana lemahnya penguatkuasaan undang-undang..polis hampir tiada fungsi..kemiskinan memaksa rakyatnya mencuri untuk terus hidup! Ada pihak mengatakan lynching ini sudah berlangsung sejak sekian lama..sejak beratus-ratus tahun dahulu..cuma sekarang ianya mengejutkan dunia kerana fungsi media yang kita ada sekarang...kalau xda internet macam yang kita ada sekarang..mustahil kita boleh tengok orang dibakar hidup2..melainkan dalam filem aksi lagak ngeri...kan??

Memetik dari pendapat rakyat kenya..ada yang setuju dengan tindakan membakar pesalah ni sebab bagi dorang ini bagi memberi amaran kepada orang lain supaya jangan melakukan kesalahan yang sama.

Tapi pandangan saya...punca semua ni adalah kemiskinan dan peradaban yang pincang...suka2 hati nak bakar orang!aduiiii!!!Dahla dorang belasah si pencuri..lepas tu bakar in public..as if benda ni sudah sudah jadi norma!...pengadilan yang tiada asas!...

Betapa mahalnya tamadun manusia.....nampaknya tamadun bukan setakat orang pakai baju,pakai seluar,berjalan tegak berdiri..ia lebih dari itu....

p/s: jangan main api.

LIKE kalau suka...tq!

23.8.11

kenapa Allah uji saya??

"Kamu ni selalu salah konsep...tertukar sana sini...betul kan?"

"Betul cikgu"pelajar-pelajar setuju dengan saya.

"Ok...kalau begitu sebelum belajar...buat almari yang banyak laci dalam kepala kamu"maksud saya buat bahagian2 kecil dalam minda mereka.

"Kalau hari ni belajar maths bab 9..buat satu almari besar...lepas tu buat laci2 kecil...jadi smuanya akan tersusun cantik...bayangkan kalau kamu sumbat smua kain dalam 1 almari...dan banding dengan kain yang kamu lipat cantik masuk dalam laci...mana lagi kemas?"

"Yang ada laci cikgu.."

"Kalau kamu simpan seluar di laci yang kedua...jadi bukakla laci kedua...tapi kalau kamu sumbat semua dalam almari..kamu cari seluar tapi nanti tertarik baju...betul tidak?"

"Betul cikgu..."

Saya kongsi apa yang saya masih ingat masa ceramah motivasi 6 tahun dahulu. Sedikit sebanyak saya aplikasikan....analoginya logik dan cantik...ianya jadi berita gembira buat saya yang serabut dengan fakta sejarah waktu itu.

Kali ini saya sampaikan pada pelajar2...saya tahu mereka memang ada masalah dengan konsep maths yang terlalu banyak.

Tapi perasan atau tidak kadang2 kita TAHU apa yang perlu dibuat..tapi kita TIDAK buat....saya TAHU saya kena buat almari dalam kepala saya...tapi saya TIDAK buat begitu..malah saya sengaja serabutkan fikiran dengan semua serentak.All at once.keluh kesah jadinya...

saya TAHU saya kena bersabar bila ditimpa masalah..tapi saya TIDAK sabar.saya mengeluh.saya membebel.saya hempas buku.

Dua tiga menjak ni fikiran saya rasa terbeban kerana memikirkan kerugian yang belum pasti, kerja yang bagai tiada penghujung, masa depan yang takut saya hadapi sampai saya lupa menikmati ramadhan...makin dipenghujung ni sepatutnya makin rancak ibadah..tapi saya jadi lesu..tiada suasana saya rasa...samada ramadhan atau raya yang bakal menjelang....saya terlalu terbawa-bawa perasaan.

dan hari ni terungkai satu masalah yang membelenggu....bila saya lihat kembali masa lalu...betapa kecilnya masalah yang saya rungutkan dulu....benarlah firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud:

"Allah tidak memberi kesusahan seorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya"

Saya sesali rungutan saya dulu. Siapa saja ada masalah..cuma yang beza besar kecil masalah yang dihadapi...Allah menguji kita supaya kita beringat....saya terpesona dengan ayat ini...

"Janganlah rasa terbeban dengan bala yang menimpa kerana bala itu adalah ujian yang datangnya dari Allah SWT yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.."

petikan dari KCB.saya pernah post di wall FB saya.


Benarkan?...tiada sebab untuk dinafi...akhirnya balik kepada ayat 286 surah Al-Baqarah tadi...

memang susah untuk terima hakikat lebih2 lagi waktu itu kita betul2 tengah runsing fikir masalah..tapi suatu masa nanti....kita akan akur dengan firman Allah s.w.t dan makin percaya diri yang kita mampu dan kuat sebenarnya...always remember...learn from bad decision we make and make it right next time~

p/s: note peringatan untuk saya di masa depan

LIKE kalau suka..tq!

20.8.11

i want to write something..

i want to write something...well actually many things in my head rite now..they keep running in circle..my friend used to say.. "you n i are thinkers and observer..thats why we realised about this(we discussed about pre judgemental issue)..."

note that...THINKERS...that might make us look smart but for real not really...but i can agree with 1 point..I like to think..to give a thought over something...but is it valuable to think of is another story...sometimes to much of thinking is not good for ur health....

Well what i wanna share here are my interests while searching about islam...

1. watch videos of confession of a revert muslims...any kind of it..this makes me a big fan of Yusuf Estes, Brother Baba Ali(ummahfilms), JibreelK(Islam Dunk)...because most of them see Islam differently from born-muslim...in a good way of course..and next great thing is they preach Islam...alhamdulillah...

2. watch the debate of comparison of religion...

3.watch/read stories about other muslims around the world...sense of brother n sisterhood grows in me...subhanallah Islam is beyond region, continental, race and skin colours.....

4. watch any islam related videos..anything that says about the beautiful of islam...

5.sometimes i read books...

6.attend ceramah..well it was long time ago since i attend intellectual talk about islam, Quran during my study in UPSI.

and the list goes on....

soon i realise....i have no real approach towards my own religion in reality......i still feel like im alone in this journey....i have no friends...no guidance...and thats really make me upset.......................thats why there is always a time i want to be damn good n perfect...but the next minute..i give up and thought that its better to stay like this.....at this point all i can say..i dont know what i want!

to be continue...

15.8.11

Tiada anjing tercedera dalam cerita ini!

Tengah saya sibuk memasak juadah berbuka puasa, datang pula Evie, Diana, Lv dan Allisan..menyapa saya dari luar.

"Cikgu..tadi kami sudah ambil anak anjing yang di bawah tangki.." mereka teruja bercerita dengan saya.

Ada anjing beranak beberapa minggu yang sudah.4 ekor kesemuanya. 3 ekor sudah diambil oleh anak-anak asrama ini dan dibawa pulang ke rumah. Maklumlah, dorang adalah non-muslim..tiada masalah dengan anjing..lagi seekor sudah di'reserve' oleh mak guard sekolah.esok dia akan datang ambil.

"Macam mana kamu ambil anak anjing tu?"

"Kami tunggu mama anjing tu jalan baru kami ambil...tadi si Rubiah yang tolong ambil anak anjing tu.." Allisan semangat bercerita dengan penuh aksi!..

Tapi yang menangkap perhatian saya ialah.................

"Apa??si Rubiah??? si Rubiah yang pegang anjing tu??" saya terkejut.Rubiah haram memegang anjing sebab dia adalah muslim.

"Kamu panggil dia sekarang!"

"Tapi cikgu, tadi dia sudah cuci tangan dengan sabun...lepas tu dengan air tanah..lagipun anak anjing tu tidak basah...Rubiah bilang kalau kering, boleh pegang anjing" anak-anak ini cuba pertahankan Rubiah.

"Ya memang betul...tapi cikgu mau jumpa Rubiah sekarang..pergi panggil dia.cepat!" gesa saya.

Rubiah datang menghadap saya...saya dengan muka serius tanya kenapa dia pegang anjing.macamana cara dia samak tadi. Hairan saya.Janganlah pegang anjing kalau tidak mendesak!...erm......

Nasib baik tempoh hari saya ada beli sabun Taharah...sabun samak yang dibuat dari tanah lumpur untuk samak.Saya beri sabun tu pada Ana..minta dia tolong basuh tangan Rubiah sekali lagi...

Arahan saya beri pada Ana begini..

"Kamu ambil sabun ini..buat air sabun.kemudian siram dan basuh sebanyak 6 kali.dan sekali air biasa" saya yakin begitu la caranya.

ada perasan yang benda tidak betul di sini?...........refresh apa yang kamu dah belajar masa SPM dlu.....

refresh....


refresh....


refresh....


refresh....


Sudah ingat?betul ka cara saya suruh samak tu???....

well....

sebenarnya salah teknikal....cara yang betul adalah 1 kali air sabun taharah(air tanah) dan bilas 6 kali dengan air mutlak.

huhuhu..pengalaman pertama menyamak!....dont underestimate ilmu menyamak~
"-_-

Walaupun banyak khilaf tentang anjing yang mana hanya air liurnya saja menjadi najis..tapi sebagai hamba yang lemah pengetahuan ni, maka lebih baik di samak saja.

moral of the story.jangan pegang anjing walau cute banget cam anak patung pastu bulu cam carpet!huhu.Kalau ada yang salah, tolong tunjukkan~


Like kalau suka.. ^_^ tq!
 
Aim for 50! - Simpl3 Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]