Hey!look here =)

14.8.11

My sunday mini project!

Harini patutnya kuar dengan Kak As sebab nak beli barang untuk moreh.giliran moreh kami ari khamis depan.tapi tuptup Kak as ajak p esok...nak rehat dlu..im fine with it...leh lepak2 kat rumah..xda masalah. Tambah2 lagi arini datang angin kerajinan..maklumlah ada gajet baru.huahuahua....

Kemas bilik sudeh.basuh n sidai baju sudeh. arini basuh selimut cadar smua sekali.heh~Lapang dada tengok bilik kemas..takda kain busuk betimbun..hahahaha..ok..back to real business!serius!serius!...

Dah siap smua kija...otak ni laju ja fikir...nak buat apa arini..mood nak wat keja comel2 datang...ting!mentol 100watt menyala!...AHAH!
Nak buat notice board lah~

Saya ada polystyrene..dapat masa beli peti ais aritu..bukan free gift yer.lawak la free giftnya polystyrene. It is attached kt pintu peti ais tu as protection.

so saya kumpul bahan-bahan yang lain.

-gunting
-soletape hitam(lagi kuat)
-Soletape putih
-Pisau
-Marker
-Kertas warna warni.


sooooooooo..........start!

balut dulu polystyrenenya~ dah siap balut..



HIASLAH SESUKA HATI~


Sudah siap dihias~




Close up!



Tampal pada ruang kosong~..actually board tu besar...natau napa nampak kecit ja.ilusi semata2~

So..next time u got nothing better to do like me on weekend..gi la cari apa2 benda leh recycle balik. moral of the story...be creative! with low budget ofcourse~eheeeee....


Like kalau suka..tq!

11.8.11

Orang teda sivik??-Pelajar malaysia dipukul dan dirompak di London


Hati geram dan rasa marah dengan penganiayaan terhadap Ashraf Haziq...nilai kemanusiaan semakin memburuk di kota London~ Ya Allah apakah ini tanda-tanda kiamat.......

Ashraf yang baru sebulan di kota London sedang dalam perjalanan membeli makanan untuk berbuka puasa dipukul dan basikalnya dicuri...rahangnya patah akibat serangan itu. Sedang dia terduduk di tepi jalan menahan kesakitan dengan titisan darah yang banyak dilantai...segerombolan remaja datang menghampiri untuk membantu Ashraf bangun..dalam keadaan lemah longlai dah kelihatan bingung...ada remaja biadap menyelongkar beg yang masih disandang ashraf lalu mencuri barang2nya antaranya adalah dompet dan psp...kelakuan yang sungguh kurang ajar! Layak dikutuk dan dihukum!

Moga adik ashraf sembuh dan kini keluarga ashraf sedang mengumpul dana untuk membawa ashraf pulang ke tanah air....

Saya memetik sesuatu yang menarik di bahagian comment youtube berkaitan video ini..it says

"There was a drug dealer called Mark Duggan, who had a loaded gun on him. The police decided he was a threat and shot him dead. The druggies who got their drugs from him started rioting about his death and other youths around London decided the rioting looked fun and joined in. Now youths across the entire country are rioting for fun and so they can steal free stuff.."-deanmalone



sumber dari sini

9.8.11

Tak sama macam dulu~


Saya meraba-raba mencari payung lipat dalam beg..argh!tertinggal lagi!...hujan semakin lebat...mana mungkin saya boleh balik kalau begini..jam baru 2pm tapi gelapnya sudah seperti waktu maghrib.Kalau begini, terpaksalah saya tunggu....saya tunggu di ruang depan dewan kuliah.ada kerusi besi di situ.terlindung dari hujan.



Sedang saya sabar menunggu hujan reda sambil membaca nota yang saya salin semasa kuliah tadi..tiba-tiba datang seorang lelaki duduk ditepi saya. Dengan sekilas pandang, saya tahu dia juga kuliahmate saya yang saya tidak tahu namanya kerana bilangan kami yang terlalu ramai dalam 1kuliah. Saya biarkan dia di situ.Memandangkan kerusi yang kami duduk itu kecil.jadi tidak jauh tidak juga rapat kedudukan kami..dia letakkan helmet diantara kami...saya faham...lalu saya gerakkan sedikit menjauhi dia.hujan semakin lama semakin lebat...tiada tanda-tanda untuk berhenti.resah saya menunggu...sudah hampir 20 minit menunggu.

"Tunggu hujan reda jugak ke?" lelaki itu tiba2 bersuara.

"Ya"

Saya jawab ringkas.

"Tunggu jugak?"

"Ya,ada motor..tapi hujan lebat macamni..tak sanggup nak redah.tunggu la dulu.tapi rasa-rasa macam hujan tak nak berhenti ni" ujarnya sambil mengetuk2 helmet yang dipegangnya.

"Kita satu kuliah kan??..saya Man" pantas saja dia memberitahu.

Saat ni saya rasa macam nak tergelak saja.Typical~mula-mula tanya tunggu hujan.lepas tu bagitau nama.tapi saya gelak dalam hati je.

"Ya..kuliah Ekonomi...saya Su"saya perkenalkan diri.

Seterusnya perbualan kami berlayar tentang kuliah, nota, 'kutuk-kutuk' pensyarah...hehehe...

Akhirnya jam 3.15pm..hujan reda...huh, penat menunggu!..

"Hujan dah renyai-renyai ni...rasanya dah boleh balik" Man segera mencapai helmetnya lantas berdiri. Saya ambil haluan menuju ke bus stand.

"Ok,bye!" kami serentak mengangkat tangan lalu berangkat pergi.

3 hari selepas itu...

Kuliah ekonomi lagi. Semasa di awal kelas..saya perasan Man masuk ke dalam bilik kuliah.kami sama-sama mengangguk sambil tersenyum. Kuliah berlangsung seperti biasa...dan di akhir kelas..tiba-tiba Man datang.....

"Su, pinjam nota tadi" selamba ja Man.

"ha?"saya terpinga-pinga...kawan-kawan yang lain pun jadi hairan.

"Nota yang tadi?"

"Ya lah...tak sempat salin..kan awak jugak cakap...En.Salim ni kalau mengajar macam nak kejar bus ja lajunya..." Man berlagak selamba lagi.

"Haha..ok..ini notanya.tulisan cakar ayam.."saya beri pada Man.Cuba berlagak selamba juga.

"Thanks! esok ada kelas lagi kan?esok saya bagi"

Man berlalu..keluar dari bilik kuliah bersama-sama kawan-kawannya.

"Wyh...sejak bila ko kawan dengan Firman tu...wah!macam ada cita ja ni!"sofia yang duduk di tepi saya cuba mencungkil cerita.

"Eh, mana ada...aku pun heran ni...kami mana ada rapat.sembang sekali aritu ja kot.kalau dia nak jatuh cinta,bukan salah pun kan?"

"Ces,nyampah!hahaha..."sofia gelakkan saya. saya juga gelak sama..tiada terlintas apa2 dalam kepala.serius, tiada apa-apa perasaan..cuma hairan kenapa dia tiba-tiba mesra begitu..macam dah kenal lama...

Kepelikan Firman tidak berhenti setakat tu...ada lagi yang lebih pelik.......................nanti saya ceritakan.

8.8.11

Love their love stories~

ye..saya ni agak sentimental,sensitif...hati saya mudah terpengaruh dengan kisah cinta yang rasa ikhlas dibaca, didengar dan dilihat..(especially movies)....saya penggemar beberapa pasangan dalam blog ni...uhuks!terasa cam stalker la plak...but who cares...i like their love stories...sometimes its so sweet but sometimes can be too complicated...dan semua tu berjangkit pada pembaca setia...like me la konon~muehehehe...bila sampai part sedih..ikut sedih...bila sampai part happy!suka!suka!suka!...pastu kalau ada update....ringan tulang ja nak baca...terima ja dorang update apa.even update resepi.tak komen pun.sekadar baca...kalau rasa nak komen, komen jugak lah.


Susunan blog ni secara rawak...tidak mengikut keutamaan.sebab for me smua best!Drumroll~



Pasangan Arianna n Kevin....



bak kata empunya blog...u must read the whole story to understand her..hehe...saya tak tahu camna leh terjumpa blog ni..yang pasti..sekali saya terbaca entry.trus saya bookmark blog dia.pastu saya pass url blog dia pada kawan sebab saya rasa tulisan dan cerita dia best~and yes i did!i read the whole blog sejak dari awal..seb baik masa tu entry dia belum mencecah beratus-ratus...so dapat la catch up selepas seharian baca blog dia.





Pasangan Alia dan Don..



saya baca blog ni bila blogger Arianna yang letak url blog Alia dalam entry dia.Selain kisah cinta yang gila sweet...mata saya disajikan dengan kartun lukisan Alia!...Alia, disebabkan terjebak tengok ur cartoon in ur blog...now saya ada buku skecth...saya perasan saya boleh melukis macam Alia! Pasal Alia dan Don?...It reminds me about my bestfriend actually..sebab tu suka baca blog Alia..ditambah lagi dengan kelucuan dia..hahaha~tak percaya cita dorang sweet??Cer baca...cer baca....





Pasangan Elia dan Apex...


ya i know..i know...dah putus....sayu jer........tumpang sedih!...dah la dalam blog tu
banyak cita pasal dorang...ramai yang kata meluat dengan tulisan dia..yang lucunya..kata ja meluat...tapi baca jugak blog dia...apa2pun yang dah terjadi, smoga Elia tabah!





Last but not least....pasangan Jamie dan Landon...


dorang xda blog..tapi ada movie!muehehehe~ A walk to remember.just go n watch the movie.enuf said.Actually memang banyak romantic movie yang pasangan hero n heroinnya menjadi..chemistry memang masyuk gila!tapiii...for me...this couple!always in my heart punyalah! All in all...im glad i found them.peace!

2.8.11

Jom puasa!

"Cikgu, Karlia bagitau dia mo ikut puasa besok" ujar Ayu.

"Hah, mana Karlia?"

Karlia menyusup masuk sambil cuba berselindung di belakang badan kawannya...malu-malu dengan saya.

Karlia adalah pelajar bukan beragama Islam. Cantik orangnya.Berkulit putih bermata bulat.Saya gelar dia 'kaki tv' kerana dia antara pelajar yang wajib ada di depan semasa tayangan Hindi.

Permintaan Karlia sedikit mengejutkan saya namun teruja mendengarnya.

"Karlia, kenapa mau puasa?"

"Saya mau cuba cikgu.."jawab Karlia sambil tersipu-sipu. Rakan-rakannya yang lain turut tersenyum-senyum.

"Tapi kenapa?" saya masih belum berpuas hati...pasti ada sebab.

"Owh...sebab kamu mau diet ka?" just a wild guess...

"Tidak cikgu...saya mau ikut kakak saya..." pantas Karlia menjawab.

"Ikut kakak??" saya keliru.

"Cikgu, kakak saya masuk Islam...saya mau ikut dia puasa.."penjelasan yang cukup dari Karlia.

"Owh...kalau begitu boleh saja...just bagitau orang dapur sediakan makanan lebih untuk kamu...tapi ini tidak bertentangan dengan agama kamu?"

"Tidak cikgu.."

"Ok..kalau begitu..cikgu ok saja...sebelum ni pernah puasa?"

"Pernah cikgu..tapi sehari saja...tak tahan..tapi kali ni saya mau puasa sebulan!" jawab Karlia dengan senyuman yang tak pernah hilang dari bibirnya.

"Haha...ok,kamu tau puasa itu tidak makan tengahari?"

"Ya cikgu..saya tau.."

"Bah..puasa la kalau begitu.." senang saya mendengarnya.

Hari ini hari kedua berpuasa...saya belum sempat bertanya sendiri kepada Karlia jadi saya bertanya kepada rakan-rakan muslimnya..mereka memberitahu Karlia memang berpuasa,cuma mukanya pucat sedikit dan saya dapat khabar bukan karlia sahaja yang berpuasa bahkan Ashley dan Charlette pun turut ikut.Sahur dan berbuka bersama-sama pelajar muslim yang lain.

Mungkin bagi mereka, berpuasa setakat berlapar dan dahaga...namun bukankah sesuatu yang memalukan jika mereka ini boleh melakukannya tetapi tidak bagi sesetengah muslim yang dijanjikan ganjaran bila berpuasa.Sungguh merugikan.

Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada anak-anak ini dan memberkati kita di bulan ramadhan yang penuh berkat.

p/s: suddenly mode ustajah malam ni.kwang3!

31.7.11

Ramadhan jargons

Dah selamat tempek mask ke muka...sejak dua menjak ni rajin jaga kulit yang dah kusam hitam tak bermaya ni..harap2 la kedatangan ramadhan ni menimbulkan nur wajah!bhahahaha~...mission impossible betul.

ok, since besok dah mula puasa.Orang pun dah mula khabarkan pasal ramadhan di mana2 saja...fb,twitter,blog,tumblr mahupun perbualan seharian...saya tidak mahu ketinggalan.Lets write about ramadhan jargon...maksudnya perkataan2 yang femes semasa bulan puasa.

  1. Sahur-Waktu sahur adalah waktu makan yang disunatkan.tak sahur pun takpa. tapi sunah rasullullah adalah bersahur.dan sebaik2 sahur adalah melewat2kannya.
  2. Imsak-waktu imsak biasanya 10minit sebelum azan subuh.waktu ni adalah waktu berjaga-jaga.masih boleh makan tapi jangan sampai terlebih masa.
  3. Buka puasa/sungkai-waktu boleh makan daaa...senang cita waktu azan maghrib.Kalau tiada apa untuk dimakan untuk berbuka puasa.Niatla berbuka...jangan sampai buat macam dalam cita yang saya dengar dulu...seorang mamat ni dalam perjalanan jauh..dalam bas...xda makanan nak berbuka..last2 dia korek idung untuk batalkan puasa.entah betul entah tidak.Allahualam.
  4. Terawih-Solat malam selepas isyak...dibuat sama ada 8,16 atau 21...ditutup dengan witir.
  5. Tadarus-bacaan al-quran secara berkumpulan.setiap kumpulan ada naqib.supaya 31 juzuk itu boleh dihabiskan dalam masa sebulan.
  6. Nuzul al-quran-al-quran diturunkan pada 17 ramadhan.
  7. Moreh-jamuan selepas solat terawih.
  8. Bubur Lambuk, Bubur kacang, ABC-menu femes bulan puasa.
  9. Bazar ramadhan-tempat segala jenis makanan ada.bergantung pada kawasan setempat.Masa ni rambang mata la nak pilih sebab memang kelabu tengok bermacam-macam jenis makanan.
  10. Puasa yang yang yok!-puasa setengah hari ja.haish!
  11. Rasa macam adalagi...nanti akan di update.
Selamat berpuasa kaum muslimin dan muslimat!

30.7.11

Camna nak selesaikan masalah ni?!

Ok...previous2 entry i've shared about im being an assistant for data teacher.Which i know will deal with data and problems will be here and there....and there you go.I've encounter with problem no 1.My laptop not compatible with the software i needed. Thank God they include the user guide in the installment CD...so i went through the user guide if there is any solution to my problem....as i skimming...i found exactly what i want.The user guide state the same situation that i have...but when as i read the solution mentioned....I LAUGHED OUT LOUD!...........IS THAT THE IDEA TO SOLVE IT??!!! COME ON!

Dont get the idea what im talking about? Have a look on screencapture below =)



What the~!!!!


 
Aim for 50! - Simpl3 Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]