Hey!look here =)

16.11.08

Bila boleh qada solat?

salam

entry kali ni adalah entry tertangguh.Maka demi melunaskan hasrat sendiri,aku kongsilah apa yang terjadi tempoh hari.

Almaklumlah,waktu2 exam ni kebanyakannya akan mengorbankan waktu tidur malam untuk ulangkaji sampailah pukul 4,5 pagi.Ada yang akan tunggu sampai menjelang subuh dan ada yang terlena terus sampai pagi bak kata orang terbabas sampai pukul 10,11 am lah..terlepas subuh...

maka untuk dijadikan cerita,macam biasalah..kami serumah ni lepas makan ramai2 akan duduk sembang di meja makan sementara nak tunggu makanan dihadam..dalam bersembang tu..terkeluar la topikpasal qada solat...memasing share..hikhik..ya lah kan..memasing ada cerita terbabas nih..for my case, aku qada kan solat subuh masa solat zohor...boleh ka??..tunggu jap..

another story dari sorg ni plak..dia kata kena tunggu waktu subuh keesokan hari,baru leh qada solat subuh yang kita terlepas hari ni...errr...ya ka??...tunggu jap...

dan yang lebih pelik...cerita ni aku dengar sem lepas...iaitu kalau nak qada solat,tak bulih nak kecoh2 kata "aku nak solat qada ni"...jangan cakap kat org la maksudnya..kalau cakap kat org nanti tak sah...errr.....ok...sebelum lebih keliru...better ask someone who knows better about this..maka aku refer pada seorang sahabat...dan jawapannya ialah bila terjaga dari tidur atau teringat yang kita dah tertinggal solat...maka segerakanlah qada solat tersebut pada saat itu....ini berlandaskan hadith..

Barangsiapa yang tertidur atau terlupa mendirikan sembahyang, maka hendaklah dia sembahyang apabila mengingatinya dan tidak dikenakan kaffarah melainkan dengan melaksanakan perkara tersebut. (Al BUkhari (572), Muslim (684)

refer back to my case..astaghfirullah al azim...erm...sebaiknya janganla terbabas-babas ni...moga2 istiqamah dalam beribadat...

teringat lagi aku waktu sekolah dulu..di Sek Men Perempuan,Likas..pengetua kami ni sangat strict..lebih2 lagi hal agama...sampai kena buat catatan tiap waktu solat zohor & asar yang menjadi bukti kami solat waktu itu...tapi biasalah...ada juga yang tipu2...maksudnya she sign her name..but she didnt perform sola at that time...

bila ditanya.."bila nak solat?"..dia jawab.. "nanti la qada di rumah"

tapi bukankah qada itu untuk mereka yang tertidur dan terlupa?....

hurm...menulis sebegini tak bermaksud aku perfect...im still trying,not to be perfect but to be better than before...

see..qada solat adalah satu konsep yang simple...tapi ada juga yang salah faham..termasuk aku...hope this entry will help if any out there face the same problem as I am...

*alhamdulillah, aku dapat respon dari pembaca blog dan aku rasa sebaiknya respon itu di tambah ke dalam entry ni.

penting jugak bahagian ni..iaitu niat qada solat. Untuk senang bagi penerangan.Ada dua situasi berbeza yang membuatkan niat qada solat berubah.

situasi pertama: Terbangun lewat subuh,tapi belum masuk waktu zohor..Maka niat solatnya

Usorli fardhu subhi rakaataini adaan lilla hi taala.

Situasi kedua:Terbangun lewat bangun subuh, tapi dah masuk waktu zohor..Maka niat solatnya
Usorli fardhu subhi rakaataini qadaan lilla hi taala.

Nampak bezanya?

dan di sini ada juga kisah yang disampaikan oleh seorang sahabat. Directly copy =) very well said

Pernah nabi dan umat islam terlepas subuh sbb penat berperang nabi tersedar ketika matahari dh naik.Kemudian nabi menyuruh bilal azan dan mereka pun solat subuh berjemaah.Niatnya adaan bukan qadaan selagi belum masuk zohor.Islam memang mudah dan x boleh dipermudahkan lg.Islam x sulit dan x boleh dipersulitkan.semua permasalahan ade penyelesaiannya.


salam
nisa


 
Aim for 50! - Simpl3 Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]