Hey!look here =)

15.4.10

Pembelajaran Kooperatif : JIGSAW

Hufff....sebagai salah seorang yang terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan...aku rasa bertanggungjawab untuk berkongsi perkara ni pada sesiapa yang berminat nak tau....or nak paham konsep JIGSAW or nak cuba kaedah ni dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran nanti(P&P)....

Aku takda la nak hurai berjela2 pasal Cooperative Learning (CL) ni sampai nak habaq siapa pengasas kaedah ni segala sebab aku pun tak ingat siapa pengasasnya..huhuhu...tapi sebenarnya nak share cara2 yang lebih baik atau afdhol untuk melaksanakan teknik JIGSAW....

Tapi lebih molek kalau aku bagi intro sket pasal CL dlu....CL ni adalah salah satu teknik mengajar yang student-centered...di mana pelajar2 membentuk beberapa kumpulan dan dalam tiap2 satu kumpulan itu terdiri daripada pelajar2 yang berbeza tahap iaitu tahap yang cemerlang, sederhana dan lemah....kumpulan2 pelajar ini terlibat secara aktif dalam aktiviti P&P dan setiap ahli kumpulan harus memastikan rakan2 mereka memahami topik yang dipelajari....

Terdapat banyak teknik pengajaran dalam CL...antaranya JIGSAW, STAD,TGT...dan arini aku nak share macamana nak implement JIGSAW in classroom..sebab aku dah 3 kali buat teknik ni...dan dari semasa ke semasa dapat la dibuat penambahbaikan...lebih2 lagi selepas dikomen oleh pensyarah aritu...huahuahuahua....

ok...macamana nak buat JIGSAW...

1. Kalau pertama kali buat dalam kelas tu...explain dulu pada students apa dia konsep pembelajaran koperatif and JIGSAW supaya dorang tau apa yg dorang buat....takda la ikut arahan guru semata-mata.

2.Bahagikan pelajar2 kepada kumpulan2 yang kecil...contohnya kelas tu ada 20 orang.bahagi la kepada 4 kumpulan...setiap kumpulan ada 5 orang....pastikan ahli2 kumpulan tu heterogenous...jangan bagi depa duduk dengan clique dorang ja...kalau x tahu tahap dorang mcmana....just divide them randomly...cara yang paling klasik adalah....bahagi dorang ikut nombor....bilang 1 sampai 5 untuk 1 kumpulan....keep counting until we get four groups with 5 members and each member need to remember their number.

3. Arahkan pelajar2 duduk dalam kumpulan yang diatur tadi dan cikgu perlu remind student that this is their ORIGINAL GROUP...

4. Apabila ada 5 ahli dalam 1 kumpulan, maksudnya setiap seorang akan jadi expert/pakar bagi 1 topic...maksudnya pelajar no 1 akan jadi expert untuk topik 1,pelajar no 2 akan jadi expert untuk topik 2..dan seterusnya hingga ke topik 5. Ini bergantung kepada berapa topik yang ingin dibincangkan.

5. Seterusnya, pelajar perlu duduk mengikut kumpulan expert masing2 dan berbincang untuk memahami topik masing2....contohnya semua pelajar yang memegang topik 1 akan duduk semeja dan seterusnya hingga topik 5.

6. Cikgu perlu bagi guideline pada expert bagi setiap topik supaya nanti takkan ada maklumat penting yang tercicir semasa perbincangan...cikgu boleh menyelia dari meja ke meja untuk memastikan pelajar2 berada di landasan yang betul.

7.Selepas habis perbincangan...arahkan pelajar balik semula ke ORIGINAL GROUP...dan pelajar ikut giliran mengikut topik untuk ceritakan balik apa yang dorang dah belajar dalam expert group based on guideline yang diberi tadi.

8.Selepas perbincangan dalam ORIGINAL GROUP berakhir, cikgu boleh melakukan aktiviti pengukuhan untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan content knowledge yang diperolehi.

9.selesai.


Hohohoho....bila aku baca balik entry aku ni...aku pun jadi confuse...ni entry ilmiah ka entry tak boleh blah ni....jadi marilah menganggap entry ini separa ilmiah dan tak boleh blah sebab ayat2 pun tunggang langgang dan macam rojak!....erggh....lama tak makan rojak!..ada org kata Rojak di Kepayan sedap..i was looking for that stall...tapi teda pun...haiya.....

ok la..apa2pun...harap2 entry ni beri manfaat sesiapa yg membacanya.......

Salam.........

 
Aim for 50! - Simpl3 Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]