Hey!look here =)

22.12.12

Sedih

Lama tidak menulis di sini.....

Entah kenapa rasa seperti sesuatu hilang...tidak lengkap.

Terasa kosong kerana tiada hadir,tiada lagi penunjuk jalan.

Banyak cita-cita terkubur kerana menghidupkan impian orang lain.

Impian aku?Siapa yang peduli.

4.12.12

Grrrrr

tetiba arini mood swing!rasanya menyampah gila with all this wed thingy!Rasa cam nak mengamok!Bakar barang2 yang dah beli!Gila kan??

Rasa cam orang gila pun ada juga...mula2 excited gila...tengok gambar orang kawen..gambar pelamin..gambar kad kawen...apa2 yang ada kaitan dengan kawen semua best lah! teruja!!tapi ntah napa tiba2 arini..rasa menyampah!nak muntah!adakah feeling ini normal??

Erm, rasa macam nak marah ja...ya la..in relationship should have give n take...dan in relationship we have two parties atleast!takkan la relationship sorang2 kan?gila ka....tapiiii what i feel rite now like im walking alone...walaupun i do feel memang mereka2 yang terlibat merancang secara tidak langsung about my wedding....tapiiiiiiii...saya masih rasa alone!Macam semua nak tompok depan saya!Memang la majlis tu bulan 3, leh relax lagi..tapi masa saya tak banyak!...tahun depan saya dah bekerja!tambah lagi stress~lebih2 lagi bila fikir life pas kawen..nak tinggal mana...lagi stress....

Hari stress sedunia kot arini!Hmmmmmmmmppppppppphhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh............


Kalau lelaki,hanya leh fokus 1 benda pada 1 masa...ok,faham....tapi sila faham juga perempuan ni mood dia tak terjangka macam time bom!k.bai.

24.11.12

~persediaan itu~

ya Allah........................................................lama gila x menulis di blog ni.padahal macam2 dah terjadi dalam hidup ni.Ada suka ada duka.Pengalaman mengajar,aku tak bangga aku tak mengaku aku matang....aku belajar dari kesilapan perkara lalu supaya tidak terjatuh dalam lubang yang sama lagi.Eh, tiba2 emo.....................huhuhuhu....

ntah la..hidup macam ni kan...kadang2 sedih....kadang happy....but now im in happy mood! dont spoil my mood k??!Hehehehehe.......

Ohya...berat aku sekarang?55kg.Tapi try baju pengantin..nampak perut muncit~waaaaaaaaaaaaa.......camna ni...panik jap!...ni pun sambil picit2 perut ni supaya lemakku gugur..hahahaha...adeh,insyaAllah sempat ni...sempat..kalau xsempat pun aku sempatkan juga...hahaha...chaiyo2!pengantin!!

3.10.12

eh,dulu kau kurus!Sekarang kau.....


dont speak!i never been concern about my body shape till last week.everybody, almost everybody i know, who got to see me now and then, they compare and here is the conclusion: Neesa, punggung ko besar!
Demmit! there is no use to feel sorry went out almost every night had dinner n sometimes supper~ now is the time to take action!Alhamdulillah, my perception towards foods intake and calories they contain had already change. Maybe, its fair enough to say i understand that i should eat suit to my daily activity.Back then i was worried about my weigh but now im being fussy about my big booty and bloated belly.Its definitely not a right to be for a bride to be.Luckily i still have time to back in shape. I must make it happen! For a start, i already:


  1. skip dinner as i dont really do much activity at night.
  2. jog and walk at the sport complex every evening.
  3. sit up for 20-30 mins per day.
  4. only take small portion every meal.
Now my weight is still 56kg and my belly is.......30++ inch...ya i know!buncit gila kan?!i look like preg mom yang 3 months punya.sad fact.this is my 1st week..will continue with 2nd...3rd...4th..see ya!

29.9.12

Idaman saya saat ini


This is not my room but i wish i have one. Saya tidak boleh ubah kemahuan orang tapi saya boleh realitikan kemahuan saya. Saya mahukan bilik sebegini rupa. Suatu hari nanti, saya akan upload gambar bilik saya sendiri. Ini untuk kepuasan diri semata-mata. Saya rasa saya perlu alami sesuatu untuk membuka mata dan minda saya terhadap hidup ini.Orang bijak memanipulasi, saya pun harus pandai memanipulasi orang. Pedulikan suara yang lantang mengatakan saya telah berubah seharusnya manusia mesti berubah. Saya berubah menyambut kematangan.Itu saja.

20.9.12

kosong

boleh aku luahkannya di sini?mungkin di sini sesuai jadi tempat berbisik yang tak mungkin ada pengunjungnya. Sejak malam itu, dunia ku terhenti. Aku nampak bernyawa dari kaca mata orang lain sebenarnya aku rasa separuh mati. Hati ku jadi sakit, terasa perih dan terseksa melihat orang lain merancang kebahagiaan dan tersenyum dengan nama cinta hingga ku rasa hatiku mati untuk merasa sedih atas segala kejadian ini..air mata ku hampir kering menangis kerana terlalu kecewa. Aku pasrah dan terperangkap dengan angan2 sendiri yang direka-reka indah dan bangga namun akhirnya tak menjadi apa. Apa mungkin keegoan yang logik ini harus ku tundukkan demi cinta yang semakin bingung untuk dibicarakan. Seolah-olah kebahagiaan ini terlepas dari genggaman kerana akulah pendosanya. Salahkah aku ingin merasa dilindungi dan disunting secara terhormat seperti gadis-gadis lain..atau mungkin dunia ini sebenarnya dongeng dan penuh rahsia disebaliknya?Apakah semua angan-angan ku hanya untuk drama cinta bukannya realiti? Kenapa realiti harus pedih dan pahit yang mengajar? Terlalu hebat ujian yang Tuhan berikan namun ku cuba tutup dengan senyuman palsu..ku cuba tepis dengan bicara kosong..ku cuba padamkan dengan kerja2 ku di sini...apakan daya...rasa berat di hati masih tak mahu pergi.Ingin ku beritahu semuanya...dunia ku terhenti dan aku tak mampu bersedih dan berfikir lagi..beginilah aku selamanya...

15.9.12



Pic aku yang kira terbaru juga la......gemuk kan?

31.8.12

worry morry lorry....horny??LOL!

Banyak benda sebenarnya yang dirisaukan.


  • Kasut spike hilang. Aku rasa aku patut bertanggungjawab sebab tahun ni aku guru rumah sukan yang diamanahkan jaga kasut2 tu..tengok2 ada jugak hilang sepasang.Hairan betul aku dengan mentaliti budak2 sekolah ni..kasut spike pun nak tapau.
  • PMR lagi 38 hari. Aku yang cemas..tahun ni aku pegang 3 kelas untuk subjek matematik. Harap2 sempat la nak boost students aku untuk jawab soalan matematik
  • MY WEDDING! aduii..mungkin sebab kami belum tetapkan tarikh untuk nikah tu yang menyebabkan persediaan satu apa pun belum buat lagi. Semuanya di awang-awangan.Bukannya tak buat checklist...buat tu buat..tapi satu apapun tak boleh tick lagi. Kadang2 rasa tersepit dengan impian sendiri dengan keinginan orang tua yang inginkan perkahwinan terselit adat.Sebenarnya hati aku pun berbelah bagi..perkahwinan mengikut adat sebenarnya quite costly sedangkan perkahwinan ikut syariat Islam very simple n save cost.Ok...here is the comparison..Perkahwinan adat: Khatam Quran, Nikah,Malam berinai,majlis persandingan. Perkahwinan secara syariatnya: Nikah n majlis kenduri. However, being me who born n raised in the community rich with culture and respect the customs we had, I do want to have wedding that Islamic and have bisaya touch here n there.arrggh!stressed!
  • Lagi satu perkara yang merisaukan adalah my life as wife.Mo stay di mana?am i ready to leave keningau?Will my application  to leave keningau be approved?? can i still keep in touch with my friends??can i be a good wife??can i wake up early to cook breakfast for my husband??obviously im sleepy head n lazy one @_@
Too many things to think n worry about. I dont want to think rite now but having said all that i want to wish happy merdeka day to all malaysian all around the world. As sabahan, im quite sad actually..merdeka is supposed to be counted start from 1963 because that was the year sabah sarawak n malaya unite and Malaysia formed. I dont desert malayan i dont hate west malaysian..my husband to be is west malaysian for the record.I think u will agree with me when i say no one like being left out. Malaysia still in my heart!

8.8.12

What i need

This is where i need man at most! When my car's Tyre punctured.That means i need to change the tyre.Sigh.Wish i have strength as man does. This month alone the car had give me such problem..weak battery twice or maybe it was the fault of the owner who idly start the engine for weeks. Sometimes being too independent makes me tired. I need a person to do things for me.I need an escapade..no not Raya..raya is not an escapade nowadays Raya for me as an adult..(yeah, refer to my number of age) is no longer fun as it was before..Raya is time to make sure Kuih is on table and get drinks prepared for guest that coming and not to mention a lot of washing dishes will go on during that day.Despite all that, I still looking forward this coming Syawal coz we will enter new house.InsyaAllah. but it never make man less needed.I need man or even better..Husband =) (forgive me, it was my age, hormone n biological clock made me write this, I am cool independent lady actually)

17.6.12

Something u dont want to read.

aku rindu untuk menulis sperti dahulu..aku perlukan laptop baru supaya semangat baru sampai untuk aku menulis.aku percaya aku berbakat.aku punya bakat untuk menulis.aku boleh menyusun ayat untuk mempengaruhi pemikiran orang.All i need is more observation.

31.5.12

Tuan rumah bercuti ke Indonesia

esok aku dah nak bertolak ke Jakarta...flight jam 7.30pm....plan nak beli kain untuk baju kawen kat sana...aduih...berkaratnya otak nak update blog...takpa2..nanti aku akan ubah blog aku ni jadi travelog sket...huhu....esok sebelum bertolak nak p singgah tukar duit dulu...aku bakal jadi jutawan~hoho...jutawan la sangat...syukur..aku diberi kesempatan untuk mencapai impian..memang sejak aku minat sheila on 7 lagi aku dah angan-angan nak pegi Indonesia...walaupun tak la sampai Jogjakarta...tapi sampai Jakarta dan Bandung pun dah kira ok la tu..sekarang..angan-angan nak bawak family aku plak p sana...tak dilupakan nak p europe~akankah tercapai?hendak seribu daya..tak hendak seribu dalih..betul bebenor kata orang tu...aku nak p Indonesia ni pun mula-mula sayang sangat duit...tapi memikirkan peluang ada depan mata...aku kuatkan hati..biarlah apa orang nak kata...samalah ceritanya macam aku nak daki gunung Kinabalu dulu..orang tak percaya...tapi alhamdulillah...Gunung Kinabalu puncaknya dapat ku tawan! itu juga salah satu impian aku yang tercapai...syukur...syukur....semoga perjalanan aku sentiasa dilindungi ALLAH..amin... see u guys in next entry.eh, ada ka lagi baca entry aku ni.hahaha...

1.4.12

Main futsal untuk kesihatan!

Last friday was our second time for futsal..2nd time kurang bes sebab ramai kawan2 xda..so kurang la HUHAHUHA..

Hadiah yang aku dapat kali ni ialah....hentakan di punggung terus sakit for 10minutes...bes!Memang keluar peluh..rasa sihat dan yakin ja..walaupun tendang bola cam haram!kikiiiiiiii.

Tips nak main futsal from newbie to newbie:Rate court tak sama setiap tempat tapi lebih kurang ja.Tempat yang kami main tu rm35 1 hour.Murah sebab waktu petang memang murah.Bila dah main ramai2, kena la bayar sorang sikit.Lagi ramai lagi bagus.Kasut,pakai ja kasut sukan yang tapak flat.Senang nak lari.peace!

18.3.12

Are you making the right choice?


Cuti seminggu dah habis.Xda apa kot yang terlalu menarik nak dikongsikan di sini.Nama ja bawa kamera ke majlis kahwin sepupu..tapi satu gambar pengantin pun tak ambil.Heran aku.Dah balik keningau ni.Sekali balik, kedepuk kerja berlambak.Hari tu sombong, tak mau bawa balik kerja balik kampung.Ya lah, nama pun cuti.Night before balik kampung pulak gedik nak ber'funfair' sampai lupa diri.huhuuuuuuu.

Aku banyak menonton tv sepanjang cuti.Minda aku cepat menangkap skrip yang menarik dan bijak yang mana boleh menggerakkan fikiran.Antaranya..




Brian: I was engaged with Julie. My family n friends expect that we will get marry and it didn't happened. I'm so sad.

Nora: No Brian..you cannot live the way people think you suppose to...but it is you to choose.

Taken from " The Edge of Garden"

and this got me thinking....life is about choosing even though sometimes we feel like we have been left with no choice. Am i making the right choice? to choose means that to determine, to have a deep thought, to think about the consequences not just for me but for others because i cant live alone. Sometimes, we have to get through till the end to know the result..whether is it a smart move to select this other than that because prediction always prediction and what is for sure happens only God know. It also happens where at first we feel like we made wrong choice/decision but later it turn up to be "If my cousin didnt force me to join the so called boring-environmental-event the other day, i wouldnt meet sophia,my soulmate" that kinda situation. Ya......somehow, wrong choice can be the best choice u ever mad! I have chosen not to bring my workload at home and NOW is time to repay the time i had at home...but it still worth it.I don't mind working hard now just to make me look smarter busy..haha....

So this time i've made the right choice... =) obviously im trying to be optimistic at the moment~

3.3.12

Pour it out

There alots of things i wanna write here actually..but all just become sound of thoughts in my head and slowly fading away...i dont have the passion to write anymore maybe because i dont have any responses..and no one ever bothered to comment my entry.That's ok...to be honest as we getting older and older...the commitment and dedication has shift to other direction..2 or 3 years back I can only think about myself and doing my own things at my own place...but now i still consider myself in everything I do but now I got to take my family and his family into consideration. Life never easy and test keep coming in many different ways no matter how small and big they are..beside they will make u stronger they can also can break u till no strength left..

I have my own dream..in future I want a happy family Lovely Husband and Beautiful Kids stay in our own home drive our own car maybe we have this financial matter here and there but we keep up..but we will be living in HAPPY SUPER NO PROBLEM AT ALL family...well..thats the problem with me..i got this dream that is tooooooooooo sweet and fly to high will only break me into pieces if i fall...I have very bad expectation in future...im afraid of future actually...WHY do i have to be far away from him?? WHY i feel so insecure?? WHAT it will be in future?? CAN i still pursue master?? WILL i have the passion to write again?? WILL i be ready to leave sabah for him??WILL the same thing happen to aunt, where she just leave in KL but never back home for lime 10years, happen to me??WILL i be a good wife??WILL i be a better muslim after marriage??everything resound in my head.....

20.2.12

Be strong ok?!

Siapa cakap azam tahun baru mesti di'set' awal tahun ja? tak da kan?..haha.Sebabnya aku ni baru sekarang nak tetapkan apa azam tahun ni...sebelum tu, aku nak tanya...pernah tak alami dihantui dengan kerisauan tentang pandangan orang terhadap kita? Contohnya kita dengan tak sengaja terbocor rahsia kawan baik kita,kawan baik kita terus layan kita acuh tak acuh...kita mula la fikir yang bukan2..fikir dia benci kita la..fikir dia pengaruh orang lain benci kita la..fikir kita dah takda sapa nak kawan la...macam2 kita fikir...padahal satu pun takda yang kita benar2 pasti..cuma andaian....akhirnya kita yang takda 'mood' nak bekerja...pernah tak alami?...kalau tak pernah, sekurang2nya silalah fahami..............huhu..tetiba minta difahami pulak...tak sesuai langsung!...

Ok...pokoknya, aku memang dihantui oleh andaian2 sendiri...aku risau tentang andaian2 orang yang aku sendiri tak pasti betul ka tak...mungkin orang pun tak kisah pasal aku...lagi banyak problem dorang nak fikir...aku pulak tersekat dengan andaian bodoh...merendah-rendahkan diri sendiri....

Tempoh hari aku adalah sedikit masalah...aku mula risau anggapan orang...lantas mengadu la dengan si dia...fuh,lega gila bila cakap dengan dia...tu yang best bila cakap dengan lelaki..lelaki ni lebih realistik...tak meleret2...terus aku tersedar like..."What the hell kan??!..." dorang nak benci ka..tak suka ka...aku tau apa yang aku buat n aku rasa aku betul dengan tindakan aku...so...im strong!!!!! wah!semangat.......

Bila fikir-fikir balik..betul la...persetankan apa orang fikir...takkan kita nak jadi terbaik untuk orang kot....yang penting, kita kena sentiasa yakin!so...antara azam aku tahun ni..jangan fikir sangat andaian orang terhadap kita...kalau tak..kita yang sakit..lemah semangat..Jadi kena sentiasa yakin!keraskan hati!teruskan hidup dan selagi belum mati..masih ada ruang nak perbaiki diri.............aku bersyukur aku masih banyak peluang nak tunjuk cara aku bekerja!...im not looser ok?!hargh! =D


p/s: contoh di atas takda kena mengena dengan orang masih idup ataupun dah tido selama2nya...rekaan sembarangan.hehe

12.2.12

Jasa orang tua

Aku rasa malu dengan diri sendiri...well..to be true..1st year bekerja, belum tentu tiap bulan aku bagi duit kat orang tua...cuma kalau aku balik kampung..barang dapur aku belikan..duit minyak kereta sekali sekala aku bayarkan...

NAMUN,kini fikiran aku lebih tertumpu macamana mahu jimatkan duit untuk perkahwinan..persediaan mental untuk menjadi seorang isteri....semuanya tentang masa depan..tapi aku terlupa tentang jasa orang tua yang selama ini menjagaku...aku mungkin tidak akan berada di kedudukan aku sekarang tanpa mereka kerana mereka lah yang sanggup bergadai wang ringgit memastikan segalanya cukup untuk aku belajar...mereka lah yang bersusah payah mengurus segala perjalanan ku sejak belajar di kedah,perak..ingat lagi masa mula-mula aku masuk ke universiti...ummi terpaksa meminjam kereta kawannya yang lebih besar untuk menghantarku dari Penang ke Perak...mereka gembira menghantar ku ke hostel walaupun pada mulanya agak pening juga mereka memikirkan bagaimana membayar yuran dan menampung belanja untuk persediaan...itu belum lagi belanja setiap bulan aku di UPSI selama 4 tahun...mereka tak pernah gagal menghantar wang belanja kepada ku walaupun aku tau bagi keluargaku, kalau diikutkan duit belanja asas saja tak pernah cukup.

Ketika itu, aku cuba bayar semuanya dengan kesungguhan untuk belajar...sungguhpun aku bukan penerima mana-mana anugerah..aku pastikan orangtua ku bangga dengan kejayaan dan bukannya malu dengan kegagalanku....

Ramai kakak-kakak yang sudah berkahwin beri nasihat "bantulah ibu bapa sekarang ketika masih bujang...nanti sudah kawin, memang dah tak dapat bantu..." sedihnya....aku berazam...biarlah waktu bujang ka..sudah kawin ka...aku akan pastikan tiap bulan ada wang belanja untuk orang tuaku....biarpun sedikit asalkan ada......apabila mula belajar tentang tanggungjawab...sedikit demi sedikit aku mula faham kesusahan ibubapaku......Im grateful having them as my parents...alhamdulillah......

9.2.12

life sekarang

wah!lama gila tak update blog ni....cam tak caya ja..dulu bukan main addicted!tapi sekarang ni, macam dah lupa ada blog!haha...

By the way, hows life after jadi tunang orang ni?rasa lain ka tak?hoho...well, not much..rasa macam biasa saja..cuma kena jaga diri lebih sikit...no more kuar malam makan kat luar dengan my guy friend..kalau kuar pun,kuar beramai-ramai..n sekarang ni dah kena berjimat-jimat..kalau dulu boros ja..balik2 ke ATM withdraw duit sesuka hati tanpa fikir cukup ke tidak duit ni sampai gaji bulan depan..haha...now dah mula jimatkan makan,jimatkan kos beli barang..pokoknya, mana yang boleh save tu save dulu...ala...macam zaman belajar dulu..macam tak biasa..huhu...

so i have my countdown..rasanya masih lagi ada 300++ ari sebelum hari bertukar status...so dalam jangka masa tu, nak nikmati puas2 zaman bujang sebab selalu dengar kakak2 yang dah kawen cemburukan kami yang masih bujang ni sebab ada masa untuk diri sendiri...erm..i think im starting scared myself pasal marriage...perkahwinan sounds like setting urself a barrier...i dont know.............

2.2.12

Janji terikat~

alhamdulillah....majlis pertunangan yang dirancang bertahun lamanya akhirnya terlaksana juga..walaupun sedikit kelaamkabut kerana kengkangan masa dengan banyak perkara yang perlu diselesaikan namun perjanjian antara dua pihak sudah termeterai....setelah selesai majlis, dengan berbaki beberapa hari yang masih ada...seluruh keluarga meraikan rombongan yang datang dengan membawa mereka bercuti bersama-sama di kundasang...syukur alhamdulillah...semua gembira....di sini diselitkan sedikit gambar untuk tatapan pembaca....


hantaran untuk dia



best mother in the world



=)

16.1.12

A Thousand Years-Christina Perri

This song touch my soul.....................................

"I've died everyday waiting for you..Darling don't be afraid...I have loved you for a thousand years....i will love you for a thousand more..."

12.1.12

Yuna- Terukir Di Bintang

Dengar ja lagu ni buatkan aku terawang-awang dalam mood romantik merindu...wish im Yuna n Qi is Him....Lovely....

Meet my mate =)

9.1.12

=)

Lets make things easier by following the flow..ikut saja kemana arus ni menuju...tak perlu melawan norma masyarakat...jangan kecewakan harapan orang-orang yang mengharap...tegakkan badan supaya kukuh untuk orang bersandar..berlari ke depan bersaing dengan masa yang tidak pernah berhenti...tuangkan air sebelum ada yang kehausan....cicipkan rasa pada orang yang kelaparan...mudik ke kiri bila ramai yang mahu ke kiri...diam-diam aku berfikir...apakah ini biasa yang patut aku rasa...apa cuma aku yang pengecut di saat orang lain yakin..aku cuma hanya mampu tersenyum....meredakan resah hati yang susah untuk dimengerti...


Di selang masa yang kosong...aku tersenyum melihat gambar-gambar ini...betapa aku dikelilingi kegembiraan ketika itu....


Ibu ayam dengan anak-anak2 ayam


Ibu ayam berusaha menghalang musang dari merebut anak2 ayam yang comel2 dibelakang...


Anak ayam tinggal 1... =)



4.1.12

Kerana cinta itu buta

Aku baru ja berjinak-jinak mengikuti e-novel.Bukan menulis novel ya.Im far from that tapi hanya membaca e-novel.Alang-alang jadi ratu online, jadi i spend some of my time reading e-novel lah. Banyak penulis yang berbakat sebenarnya..aku tertarik dengan satu penulis ni..dia bagi synopsis e-novel terbaru dia menggunakan nama watak 'Aswad'. Terangkat kening bila terbaca nama tu.Haha..daripada sinopsisnya pun agak menarik ceritanya.

Namun episod hari ni belum keluar nama yang menarik aku membaca novel ni. Cuma ada 4 watak..berkenaan dengan si perempuan mengadu kepada teman baiknya bahawa rahsianya bercinta dengan suami orang sudah diketahui sang isteri kekasih yang sudah menyerangnya di ofis.namun bukan itu yang menggerakkan aku menulis entry kali.Apa yang membuatkan aku laju ke blog ni adalah apabila penulis menceritakan sebenarnya si suami yang tergila-gilakan kekasihnya itu..tapi dituduhnya perempuan itu yang tergila-gilakannya.sedangkan lelaki itu cuma mahu seks dan duit. Di mata teman baiknya, perempuan itu banyak alasan kukuh untuk tinggalkan lelaki seperti itu TAPI!..perempuan tu sanggup berkorban apa saja sebab sayangkan that lelaki.

Typical kan? Its not only happen in novel tapi dalam realiti.

Aku masih ingat lagi suatu ketika dulu aku dan kawan-kawan baikku pernah alami situasi begini..kami duduk dalam bulatan.sambil kawanku meluahkan masalahnya..dia sedar kekasihnya hanya mencarinya di saat susah..mengambil kesempatan..pinjam tak reti bayar tapi mengaku abang-abangnya kaya...buat cerita seolah-olah dia akan mati tak lama lagi semata-mata nak minta simpati..ugut mengugut kalau kemahuannya tak dipenuhi..maki memaki kalau sudah naik gilanya! Kami jadi panas hati dengar cerita kawan ni..kami kutuk habis-habisan lelaki jahanam tu!..kami suruh dia tinggalkan ja jantan tak guna tu!...tapi tak semudah itu............sebab cinta tu buta.....sukar dimengerti kan?Hati perempuan lain...nampak memang bodoh tapi hatinya kuat..umpama cermin yang sudah retak tapi belum lagi berderai...masih bertahan.....

Aku teringat perbualan aku dengan kawan baikku Fanie..at Sushi King, 1B..masih jelas kata-latanya sampai hari ini sebab kata-katanya nampak bijak dan menjentik fikiranku.

"Nis, ada tiga jenis orang yang kita cakap apapun, dorang xkan dengar cakap kita..
orang pertama..orang yang mengantuk..
orang kedua..orang yang lapar..
orang ketiga..orang yang dilamun cinta.. "

Aku hanya tersenyum tanda setuju kata-kata Fanie.Ada sebab kenapa Fanie bagitau aku semua tu..apa sebabnya dan aku termasuk kategori mana...biarlah rahsia...hahaha...

Jadi betul...cinta itu buta dan orang dilamun cinta ni...cakaplah apa pun...susah mau diterima kalau hatinya sudah bulat itulah cintanya saat itu...payahkan.....

cinta tak memilih...ianya buta..siapa saja boleh mencintai dan dicintai namun oleh kerana ia buta kadang-kadang ia hanya penuh dengan derita tapi jangan lupa kerana ia buta juga..seorang raja boleh bercinta dengan orang biasa...

sebelum aku tutup entry kali ni..aku ada nak kongsi...kawan baikku di atas tadi sekarang sudah pun meninggalkan lelaki tu. Dia sedang bahagia dengan seseorang yang bersungguh-sungguh ingin menyuntingnya =)

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.....

3.1.12

Berapa Hantarannya?

Last nite..we hang out at KFC atas jemputan Supermodel KAZA...yeah...we were not alone but bertujuh!..ada Yana,Yenny, Najib, Christela n her Fiancee juga masa tu. Macam-macam topik yang keluar termasuklah pasal perkahwinan sebab Chris ni lagi 2 minggu nak kawen tambahan pulak Yenny baru saja mengikat tali pertunangan bulan Dec lepas. Jadi perbualan kami berlegar-legar sekitar itu..persiapan..cincin..bajet...termasuklah Hantaran perkahwinan atau disini biasa dipanggil sebagai berian...

You see, di sabah ni terdiri dari pelbagai suku kaum..lain suku kaum..lain adat perkahwinannya...mungkin juga ada sedikit persamaan kerana masih serumpun..

Sesetengah adat,anak perempuan akan ikut hantaran berian yang sama seperti diterima oleh ibunya semasa ibunya berkahwin dahulu...exactly the same...each of the particulars...kalau 7 ekor kerbau..7 ekor la..tapi zaman sekarang boleh ditukar kepada nilai wang ringgit kalau mahu..termasuklah ada tajau..ayam..kambing...seriously...and total up everything mau juga 30K...jaw drop sekejap~....and its typical number for some adat....


For some cases...kalau perempuan tu convert to Islam the dowry will be higher...shoot up sampai 50K..dan juga ada istilah 'berian mati'..apa tu berian mati??..does someone really has to die??.....well....ada GOOD NEWS n NOT SO GOOD NEWS...good news is no one has to die in this 'berian mati' matter...but the NOT SO GOOD NEWS is..when parent in law likes and want anything that u have..ANYTHING ni termasuklah baju ka..kereta ka..TV ka..anything u could ever imagine...U have to give it to them...and this will continually happen sampai la mati...hows that?

harap aku tak salah informasi la..huhu...

come to think of it..aku mula fikir my hantaran not so demanding and appropriate with the situation tambahan pula im the only daughter...aku tak berapa campur tangan dalam menentukan hantaran sebab ini peluang ibu bapa untuk merasai pengalaman ni...tapi pada masa yang sama risau pulak jikalau perkara ni akan membebankan si dia..

now i realised yang kawen bukan satu perkara yang senang lebih-lebih lagi kalau bab hantaran n nak melaksanakan majlis...apatah lagi nak melaksanakan tanggungjawab selepas tu..menakutkan!

Ya Allah...semoga dipermudahkan segala urusan kami....amin...

I couldnt ask for more..semoga Allah membimbing kami di setiap langkah because this year is kinda big and lots of major thing has been planned...insecure is always there tapi hakikatnya kita kena ingat manusia hanya mampu merancangAllah jua yang menentukan...so gotta be good =P
 
Aim for 50! - Simpl3 Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]