Hey!look here =)

29.9.12

Idaman saya saat ini


This is not my room but i wish i have one. Saya tidak boleh ubah kemahuan orang tapi saya boleh realitikan kemahuan saya. Saya mahukan bilik sebegini rupa. Suatu hari nanti, saya akan upload gambar bilik saya sendiri. Ini untuk kepuasan diri semata-mata. Saya rasa saya perlu alami sesuatu untuk membuka mata dan minda saya terhadap hidup ini.Orang bijak memanipulasi, saya pun harus pandai memanipulasi orang. Pedulikan suara yang lantang mengatakan saya telah berubah seharusnya manusia mesti berubah. Saya berubah menyambut kematangan.Itu saja.

20.9.12

kosong

boleh aku luahkannya di sini?mungkin di sini sesuai jadi tempat berbisik yang tak mungkin ada pengunjungnya. Sejak malam itu, dunia ku terhenti. Aku nampak bernyawa dari kaca mata orang lain sebenarnya aku rasa separuh mati. Hati ku jadi sakit, terasa perih dan terseksa melihat orang lain merancang kebahagiaan dan tersenyum dengan nama cinta hingga ku rasa hatiku mati untuk merasa sedih atas segala kejadian ini..air mata ku hampir kering menangis kerana terlalu kecewa. Aku pasrah dan terperangkap dengan angan2 sendiri yang direka-reka indah dan bangga namun akhirnya tak menjadi apa. Apa mungkin keegoan yang logik ini harus ku tundukkan demi cinta yang semakin bingung untuk dibicarakan. Seolah-olah kebahagiaan ini terlepas dari genggaman kerana akulah pendosanya. Salahkah aku ingin merasa dilindungi dan disunting secara terhormat seperti gadis-gadis lain..atau mungkin dunia ini sebenarnya dongeng dan penuh rahsia disebaliknya?Apakah semua angan-angan ku hanya untuk drama cinta bukannya realiti? Kenapa realiti harus pedih dan pahit yang mengajar? Terlalu hebat ujian yang Tuhan berikan namun ku cuba tutup dengan senyuman palsu..ku cuba tepis dengan bicara kosong..ku cuba padamkan dengan kerja2 ku di sini...apakan daya...rasa berat di hati masih tak mahu pergi.Ingin ku beritahu semuanya...dunia ku terhenti dan aku tak mampu bersedih dan berfikir lagi..beginilah aku selamanya...

15.9.12



Pic aku yang kira terbaru juga la......gemuk kan?
 
Aim for 50! - Simpl3 Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]