Hey!look here =)

20.9.08

Islam(N3 lmbt post)

Sebenarnya aku dah penat yang amat ni tapi aku tak boleh tidur selagi tak taip apa yang berlegar dalam kepala skg ni…



Malam ni aku dan my housemate, kak Husna sengaja p join terawih kat Kolej Ungku Omar sebab lepas terawih tu ada ceramah dari Brother Lim Jooi Soon tentang “Ada apa dengan Islam?”

Sebelum ni aku berpegang pada prinsip..apa yang dicari, itulah yang akan kita dapat walaupun taklah seperti 100% yang kita harapkan...soalnya cuma cepat atau lambat…aku percaya pada prinsip ni sebab memang ini lah yg terjadi…I’d searched what things can make me happy..and I found it…I keep wondering about certain things..and tonight I found answers for some of the questions…



Lahir sebagai seorang Islam tidak menjadikan aku seorang yang arif tentang agama…tidak menjadikan aku automatic faham bahasa Arab dan tidak menjadikan aku tahu setiap surah dan hadith yang ada…Semuanya bermula dengan BELAJAR…bak kata Brother Lim, sedangkan semasa Islam baru mula menapak..selama 13tahun, ayat2 alQuran diturunkan berbentuk kisah2 tentang Nabi2 terdahulu demi mengukuhkan akidah masyarakat pada masa itu…tapi umat Islam kini, khususnya d Malaysia, didedahkan dengan akidah cuma sebagai salah satu skop dalam mata pelajaran di sekolah…



Banyak yang aku belajar malam ni…tapi doesn’t mean aku lebih tahu dari orang lain..aku setakat tahu, dan takut2 aku terlupa pula…



Brother Lim selalu menekankan bahawa Islam adalah agama yang paling mudah..kemudian dia bertanya kepada kami,para hadirin…adakah Islam tu susah?..then, of coz la kami jawab tak…pastu Brother Lim kata lagi.. “tapi kadang2 rasa susah kan…” aku sendiri mengiyakannya…huhu…


Brother Lim: Dalam Islam,perempuan&lelaki berjalan dua2 dalam gelap boleh ka x?

Kitorang: x boleeeeeh….

Brother Lim: uih,susah la tuuu…


Haha..


Brother Lim: Dalam Islam, kalau nak g disko hujung minggu, minum arak boleh ka x?..

Kitorang: x boleeeeeh..

Brother Lim: uih,susah la tuuu...


Haha…


However..again, Brother Lim tegaskan bahawa Islam itu mudah..


Brother Lim: Yang menjadikan agama itu susah adalah budaya setempat…budaya dan agama yang sudah dicampur-campur!diuli-uli!...(sambil sungguh2 dia buat tangan ala2 uli tepung..haha..)

And..u know what…I agree with him!...kadang2 budaya setempat membuatkan kita jadi payah nak melaksanakan ajaran Islam sebenar…Brother Lim lantas bertanya.. “nak contoh?”


Contoh yang aku ingat ialah perkahwinan…bab2 kenduri kahwin…seperti yang kita tahu, dalam perkahwinan Islam, mahar or mas kahwin sebenarnya yang lebih penting tapi dah jadi budaya masyarkat yang mementingkan hantaran yang beribu2!...huhu…akibatnya…ramai yang bertangguh2 nak kahwin sebab duit x cukup dan mungkin menggalakkan lebih banyak pasangan berzina…..


Hurm…


What next…ok….yang ini lagi menarik sebab aku baru tahu pasal bab ni which about changing name..actually Brother Lim Jooi Soon adalah seorang Muallaf..yang sebelumnya menganut agama BTC dan protestant..ianya terbahagi kepada beberapa peringkat umur, tapi aku tak ingat. Pastu dia bagi definisi ‘nama’ dalam Islam yang mana Islam menggalakkan nama yang mebawa maksud yang baik…Brother Lim tekankan lagi…NAMA YANG MEMBAWA MAKSUD YANG BAIK…dan tidak semestinya mengubah nama itu kepada nama arab…he share with us that his name has a good meaning in Chinese word..



Brother Lim: Lim, adalah nama keluarga…Jooi adalah nama keturunan dan saya adalah keturunan yang ke 27..Soon adalah nama saya….dan Jooi Soon bermaksud menuju kejayaan…dalam azan tadi pun “Hai ya alal falah..” maksudnya marilah menuju kejayaan…jadi tadi tu sama la macam ..Jooi Soon…..Jooi Soon…



hahaha….he’s so funny…made me so eager to hear more from him…



Brother Lim: Jadi, mengikut definisi tadi..perlukah saya menukar nama?...bukankah nama saya membawa maksud yang baik…Perlukah saya masukkan nama arab sekiranya ingin menjadi Islam?..dan saya tidak menggunakan ‘bin/binti Abdullah’ kerana sebenarnya dalam Islam, adalah dilarang untuk menukar nama bapa..dan sebenarnya penggunaan ‘bin/binti Abdullah’ adalah budaya nusantara sahaja..



Brother Lim beri bukti dengan menyampaikan kisah tentang Rasulullah menukar nama ayah anak angkat baginda, Zaid.(sorry, aku tak ingat nama penuh dia) sehinggalah turun wahyu dari Allah yang melarang nama ayah ditukar dan akhirnya nama sebenar Zaid ditukar kepada yang asal.


Hurm….apa lagi ya…


Ohya…tentang kewujudan neraka….


Ada seorang student perempuan ni tanya…kalau Allah itu maha Pengasih, maha Penyayang…kenapa wujud neraka…


Brother Lim menjawab..

“Kita selalu mengatakan Allah itu maha pengasih, maha penyayang…kenapa masih ada neraka..kenapa Allah tak ampunkan saja dosa2 orang2 yang sepatutnya masuk neraka..dan sebenarnya kita lupa pada sifat2 Allah yang lain..(ada 20 sifat)..dan salah satunya Allah itu maha adil..”


“Dari segi adil, Allah menghakimi hamba-hambanya dari segi level seorang hamba itu…bagaimana dia terdedah pada Islam, sejauh mana peluang kebenaran itu sampai kepadanya...dan ingatlah bahawa pintu taubat sentiasa terbuka…Allah maha pengampuni dosa2 hamba2nya…kalau seorang perogol, pencuri yang seikhlas hati, sejujurnya bertaubat pada Allah, dia bukan lagi seorang perogol atau pencuri..tetapi seorang hamba yang telah bertaubat..”



Hurm…how beautiful is that…so beautiful….sebenarnya banyak lagi perkara yang aku dapat dari ceramah malam ni..antaranya jawapan bagi persoalan non-muslim tentang umat Islam yang menyembah Kaabah..which the answer is not…but looking at the pages…huh…banyak dah!this is the longest entry so far!...hurm…again..jikalau ada sesiapa yang baca sampai abis..thanks a lot..anda memang seorang yang sabar dan sekiranya ada terkesan mana2 kesalahan mohon ditegur dan aku tulis setakat yang aku ingat…



Actually Brother Lim mentioned many verse from alQuran to be referred but its too many and I didn’t bring pen n book….so..agak rugilah…ohya, dan ini juga membantu menjawab persoalan aku..aku selalu tertanya2 bagaimana alQuran tu boleh dilihat sebagai ultimate source..but tonite I admit im the one who blind to see the beauty of the verse…



Akhir kata…aku dah ngantuk…huhu…



Salam

nisa

6 komen masuk:

fanieka berkata...

nis....so nice
thanx for the post
tp rasa cam xpuas sbb ko xcita hbs
huhuhu......

by da way thanx 4 da sharing

Pink Marie berkata...

bes ceramah mcm ni. terus tuju ke hati.

bab tuka nama tu mek tahu, bkn wajib tuka pon. tapi kalo nama dia takbes mcm meet the fockers tu tuka la hihi..

Mademoiselle Cynicleopetra berkata...

suka mommi membaca kisah ini...thanx for the info darling...

Kakak Tiri berkata...

Kalo penceramah macam ni seronok dengar eh.

Neesa pun dah macam penceramah dah. Best. Thanks for sharing.

TUMish berkata...

This is a great notes. honest and clear. Since that we are sharing, let's share..
Ankabut:part 21 verse 47/3387. (Baca sendiri lah) - ..Our Oneness of Our Names and Qualities (Islamic Monotheism). Names have to carry it Qualitites. So jangan pula nama punya baik but perangai pula macam Skitcrow. :-)

Untuk memperkembangkan contoh si Neesa. Kenapa mesti ada istiadat BERSANDING? Bukan kah itu cuma adat Hindusim? I don't know apa yang tertulis dalam Al-Quran.. but kalau tak silap saya.. tak ada disebut pun pasal BERSANDING siap dengan Tepung Tawar segala. Banyak ulama mengatakan ia salah sebab ia seolah olah MENAYANG suami/isteri; which is salah.. sebab ia boleh menimbulkan rasa iri hati or what-so-ever

Again.. hehhe.. i am sorry kalau saya silap. Thanks Neesa for the blog.

HambaMaya berkata...

nice entry.. very informative.. mungkin kita dah tau almost everything, tapi mungkin terlupa.. reading ur entry make me remember.. tq..

 
Aim for 50! - Simpl3 Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]