Aku baru ja berjinak-jinak mengikuti e-novel.Bukan menulis novel ya.Im far from that tapi hanya membaca e-novel.Alang-alang jadi ratu online, jadi i spend some of my time reading e-novel lah. Banyak penulis yang berbakat sebenarnya..aku tertarik dengan satu penulis ni..dia bagi synopsis e-novel terbaru dia menggunakan nama watak 'Aswad'. Terangkat kening bila terbaca nama tu.Haha..daripada sinopsisnya pun agak menarik ceritanya.
Namun episod hari ni belum keluar nama yang menarik aku membaca novel ni. Cuma ada 4 watak..berkenaan dengan si perempuan mengadu kepada teman baiknya bahawa rahsianya bercinta dengan suami orang sudah diketahui sang isteri kekasih yang sudah menyerangnya di ofis.namun bukan itu yang menggerakkan aku menulis entry kali.Apa yang membuatkan aku laju ke blog ni adalah apabila penulis menceritakan sebenarnya si suami yang tergila-gilakan kekasihnya itu..tapi dituduhnya perempuan itu yang tergila-gilakannya.sedangkan lelaki itu cuma mahu seks dan duit. Di mata teman baiknya, perempuan itu banyak alasan kukuh untuk tinggalkan lelaki seperti itu TAPI!..perempuan tu sanggup berkorban apa saja sebab sayangkan that lelaki.
Typical kan? Its not only happen in novel tapi dalam realiti.
Aku masih ingat lagi suatu ketika dulu aku dan kawan-kawan baikku pernah alami situasi begini..kami duduk dalam bulatan.sambil kawanku meluahkan masalahnya..dia sedar kekasihnya hanya mencarinya di saat susah..mengambil kesempatan..pinjam tak reti bayar tapi mengaku abang-abangnya kaya...buat cerita seolah-olah dia akan mati tak lama lagi semata-mata nak minta simpati..ugut mengugut kalau kemahuannya tak dipenuhi..maki memaki kalau sudah naik gilanya! Kami jadi panas hati dengar cerita kawan ni..kami kutuk habis-habisan lelaki jahanam tu!..kami suruh dia tinggalkan ja jantan tak guna tu!...tapi tak semudah itu............sebab cinta tu buta.....sukar dimengerti kan?Hati perempuan lain...nampak memang bodoh tapi hatinya kuat..umpama cermin yang sudah retak tapi belum lagi berderai...masih bertahan.....
Aku teringat perbualan aku dengan kawan baikku Fanie..at Sushi King, 1B..masih jelas kata-latanya sampai hari ini sebab kata-katanya nampak bijak dan menjentik fikiranku.
"Nis, ada tiga jenis orang yang kita cakap apapun, dorang xkan dengar cakap kita..
orang pertama..orang yang mengantuk..
orang kedua..orang yang lapar..
orang ketiga..orang yang dilamun cinta.. "
Aku hanya tersenyum tanda setuju kata-kata Fanie.Ada sebab kenapa Fanie bagitau aku semua tu..apa sebabnya dan aku termasuk kategori mana...biarlah rahsia...hahaha...
Jadi betul...cinta itu buta dan orang dilamun cinta ni...cakaplah apa pun...susah mau diterima kalau hatinya sudah bulat itulah cintanya saat itu...payahkan.....
cinta tak memilih...ianya buta..siapa saja boleh mencintai dan dicintai namun oleh kerana ia buta kadang-kadang ia hanya penuh dengan derita tapi jangan lupa kerana ia buta juga..seorang raja boleh bercinta dengan orang biasa...
sebelum aku tutup entry kali ni..aku ada nak kongsi...kawan baikku di atas tadi sekarang sudah pun meninggalkan lelaki tu. Dia sedang bahagia dengan seseorang yang bersungguh-sungguh ingin menyuntingnya =)
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.....