Hey!look here =)

20.2.12

Be strong ok?!

Siapa cakap azam tahun baru mesti di'set' awal tahun ja? tak da kan?..haha.Sebabnya aku ni baru sekarang nak tetapkan apa azam tahun ni...sebelum tu, aku nak tanya...pernah tak alami dihantui dengan kerisauan tentang pandangan orang terhadap kita? Contohnya kita dengan tak sengaja terbocor rahsia kawan baik kita,kawan baik kita terus layan kita acuh tak acuh...kita mula la fikir yang bukan2..fikir dia benci kita la..fikir dia pengaruh orang lain benci kita la..fikir kita dah takda sapa nak kawan la...macam2 kita fikir...padahal satu pun takda yang kita benar2 pasti..cuma andaian....akhirnya kita yang takda 'mood' nak bekerja...pernah tak alami?...kalau tak pernah, sekurang2nya silalah fahami..............huhu..tetiba minta difahami pulak...tak sesuai langsung!...

Ok...pokoknya, aku memang dihantui oleh andaian2 sendiri...aku risau tentang andaian2 orang yang aku sendiri tak pasti betul ka tak...mungkin orang pun tak kisah pasal aku...lagi banyak problem dorang nak fikir...aku pulak tersekat dengan andaian bodoh...merendah-rendahkan diri sendiri....

Tempoh hari aku adalah sedikit masalah...aku mula risau anggapan orang...lantas mengadu la dengan si dia...fuh,lega gila bila cakap dengan dia...tu yang best bila cakap dengan lelaki..lelaki ni lebih realistik...tak meleret2...terus aku tersedar like..."What the hell kan??!..." dorang nak benci ka..tak suka ka...aku tau apa yang aku buat n aku rasa aku betul dengan tindakan aku...so...im strong!!!!! wah!semangat.......

Bila fikir-fikir balik..betul la...persetankan apa orang fikir...takkan kita nak jadi terbaik untuk orang kot....yang penting, kita kena sentiasa yakin!so...antara azam aku tahun ni..jangan fikir sangat andaian orang terhadap kita...kalau tak..kita yang sakit..lemah semangat..Jadi kena sentiasa yakin!keraskan hati!teruskan hidup dan selagi belum mati..masih ada ruang nak perbaiki diri.............aku bersyukur aku masih banyak peluang nak tunjuk cara aku bekerja!...im not looser ok?!hargh! =D


p/s: contoh di atas takda kena mengena dengan orang masih idup ataupun dah tido selama2nya...rekaan sembarangan.hehe

12.2.12

Jasa orang tua

Aku rasa malu dengan diri sendiri...well..to be true..1st year bekerja, belum tentu tiap bulan aku bagi duit kat orang tua...cuma kalau aku balik kampung..barang dapur aku belikan..duit minyak kereta sekali sekala aku bayarkan...

NAMUN,kini fikiran aku lebih tertumpu macamana mahu jimatkan duit untuk perkahwinan..persediaan mental untuk menjadi seorang isteri....semuanya tentang masa depan..tapi aku terlupa tentang jasa orang tua yang selama ini menjagaku...aku mungkin tidak akan berada di kedudukan aku sekarang tanpa mereka kerana mereka lah yang sanggup bergadai wang ringgit memastikan segalanya cukup untuk aku belajar...mereka lah yang bersusah payah mengurus segala perjalanan ku sejak belajar di kedah,perak..ingat lagi masa mula-mula aku masuk ke universiti...ummi terpaksa meminjam kereta kawannya yang lebih besar untuk menghantarku dari Penang ke Perak...mereka gembira menghantar ku ke hostel walaupun pada mulanya agak pening juga mereka memikirkan bagaimana membayar yuran dan menampung belanja untuk persediaan...itu belum lagi belanja setiap bulan aku di UPSI selama 4 tahun...mereka tak pernah gagal menghantar wang belanja kepada ku walaupun aku tau bagi keluargaku, kalau diikutkan duit belanja asas saja tak pernah cukup.

Ketika itu, aku cuba bayar semuanya dengan kesungguhan untuk belajar...sungguhpun aku bukan penerima mana-mana anugerah..aku pastikan orangtua ku bangga dengan kejayaan dan bukannya malu dengan kegagalanku....

Ramai kakak-kakak yang sudah berkahwin beri nasihat "bantulah ibu bapa sekarang ketika masih bujang...nanti sudah kawin, memang dah tak dapat bantu..." sedihnya....aku berazam...biarlah waktu bujang ka..sudah kawin ka...aku akan pastikan tiap bulan ada wang belanja untuk orang tuaku....biarpun sedikit asalkan ada......apabila mula belajar tentang tanggungjawab...sedikit demi sedikit aku mula faham kesusahan ibubapaku......Im grateful having them as my parents...alhamdulillah......

9.2.12

life sekarang

wah!lama gila tak update blog ni....cam tak caya ja..dulu bukan main addicted!tapi sekarang ni, macam dah lupa ada blog!haha...

By the way, hows life after jadi tunang orang ni?rasa lain ka tak?hoho...well, not much..rasa macam biasa saja..cuma kena jaga diri lebih sikit...no more kuar malam makan kat luar dengan my guy friend..kalau kuar pun,kuar beramai-ramai..n sekarang ni dah kena berjimat-jimat..kalau dulu boros ja..balik2 ke ATM withdraw duit sesuka hati tanpa fikir cukup ke tidak duit ni sampai gaji bulan depan..haha...now dah mula jimatkan makan,jimatkan kos beli barang..pokoknya, mana yang boleh save tu save dulu...ala...macam zaman belajar dulu..macam tak biasa..huhu...

so i have my countdown..rasanya masih lagi ada 300++ ari sebelum hari bertukar status...so dalam jangka masa tu, nak nikmati puas2 zaman bujang sebab selalu dengar kakak2 yang dah kawen cemburukan kami yang masih bujang ni sebab ada masa untuk diri sendiri...erm..i think im starting scared myself pasal marriage...perkahwinan sounds like setting urself a barrier...i dont know.............

2.2.12

Janji terikat~

alhamdulillah....majlis pertunangan yang dirancang bertahun lamanya akhirnya terlaksana juga..walaupun sedikit kelaamkabut kerana kengkangan masa dengan banyak perkara yang perlu diselesaikan namun perjanjian antara dua pihak sudah termeterai....setelah selesai majlis, dengan berbaki beberapa hari yang masih ada...seluruh keluarga meraikan rombongan yang datang dengan membawa mereka bercuti bersama-sama di kundasang...syukur alhamdulillah...semua gembira....di sini diselitkan sedikit gambar untuk tatapan pembaca....


hantaran untuk dia



best mother in the world



=)
 
Aim for 50! - Simpl3 Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]