Hey!look here =)

12.2.12

Jasa orang tua

Aku rasa malu dengan diri sendiri...well..to be true..1st year bekerja, belum tentu tiap bulan aku bagi duit kat orang tua...cuma kalau aku balik kampung..barang dapur aku belikan..duit minyak kereta sekali sekala aku bayarkan...

NAMUN,kini fikiran aku lebih tertumpu macamana mahu jimatkan duit untuk perkahwinan..persediaan mental untuk menjadi seorang isteri....semuanya tentang masa depan..tapi aku terlupa tentang jasa orang tua yang selama ini menjagaku...aku mungkin tidak akan berada di kedudukan aku sekarang tanpa mereka kerana mereka lah yang sanggup bergadai wang ringgit memastikan segalanya cukup untuk aku belajar...mereka lah yang bersusah payah mengurus segala perjalanan ku sejak belajar di kedah,perak..ingat lagi masa mula-mula aku masuk ke universiti...ummi terpaksa meminjam kereta kawannya yang lebih besar untuk menghantarku dari Penang ke Perak...mereka gembira menghantar ku ke hostel walaupun pada mulanya agak pening juga mereka memikirkan bagaimana membayar yuran dan menampung belanja untuk persediaan...itu belum lagi belanja setiap bulan aku di UPSI selama 4 tahun...mereka tak pernah gagal menghantar wang belanja kepada ku walaupun aku tau bagi keluargaku, kalau diikutkan duit belanja asas saja tak pernah cukup.

Ketika itu, aku cuba bayar semuanya dengan kesungguhan untuk belajar...sungguhpun aku bukan penerima mana-mana anugerah..aku pastikan orangtua ku bangga dengan kejayaan dan bukannya malu dengan kegagalanku....

Ramai kakak-kakak yang sudah berkahwin beri nasihat "bantulah ibu bapa sekarang ketika masih bujang...nanti sudah kawin, memang dah tak dapat bantu..." sedihnya....aku berazam...biarlah waktu bujang ka..sudah kawin ka...aku akan pastikan tiap bulan ada wang belanja untuk orang tuaku....biarpun sedikit asalkan ada......apabila mula belajar tentang tanggungjawab...sedikit demi sedikit aku mula faham kesusahan ibubapaku......Im grateful having them as my parents...alhamdulillah......

0 komen masuk:

 
Aim for 50! - Simpl3 Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]