Hey!look here =)

6.7.10

AKU DAN DIA : MINAH KILANG

Aku selalu teringin menulis cerita cinta kami tapi selalu saja ada halangan…boleh jadi tiada mood..Tapi hari ini aku dapat semangat daripada si dia…tulislah pasal kisah kita katanya…dia pun ada hasrat yang sama…jadi alang-alang sudah begitu…kenapa tidak diteruskan….betul tak?..jadi…aku dah ada hati nak menulis..mungkin tidak secara terus mengenai kami tapi inilah ceritanya…

Selepas habis SPM…aku dan Liza teman baikku a.k.a schoolmate, sama-sama mencari kerja….aku lebih kepada mengikut Liza sebenarnya..dia lebih berpengalaman dalam mencari kerja….aku dan Liza pergi mengisi borang di syarikat Manpower...Kerja yang kami pohon waktu itu adalah sebagai operator pengeluaran kilang. Minggu berikutnya kami dapat panggilan telefon yang meminta kami untuk datang ke Manpower dan diberitahu beberapa orang akan diambil untuk bekerja di kilang Motorola. Dalam taklimat hari tu, kami diminta untuk berkumpul di kilang Motorola awal pagi Isnin..jam 6 pagi!

Sampai hari yang ditunggu, aku,Liza dan beberapa orang lain datang berkumpul di Motorola…ramai jugak masa tu…lebih 7 orang seingat aku..kami masing-masing bercerita sambil berkenal-kenal..di sanalah aku berkenalan dengan Ida, Amy, Aida dan seorang lagi aku lupa namanya…Za barangkali…

Dari pukul 6 pagi sehingga pukul 7 masih belum nampak kelibat En. Shahir, ejen kami…rupa-rupanya panggilan untuk datang ke Motorola pagi tu dah dibatalkan..ada yang sudah balik kecewa..kami pulak masih menunggu kerana En. Shahir berjanji untuk datang…akhirnya En.Shahir datang untuk menerangkan kepada kami sudah tiada pengambilan pekerja untuk minggu itu..tetapi kami lantang meminta hak…En. Shahir akur..dia menjanjikan tempat di dalam Motorola....


credit to google.com

Sampailah hari pertama kami bekerja…terkial-kial aku pada hari pertama…aku bekerja di line Tetra bersama Ida..Liza dan yang lain-lain pulak bekerja di Line depan…aku ditempatkan di bahagian menguji Radio(walkie talkie) menggunakan mesin… Sonia(bukan nama sebenar) yang juga contractor dari Manpower mengajar aku menggunakan mesin tu..memang mudah..Cuma pasangkan nat pada hujung radio kemudian masukkan ke dalam mesin..klik pada screen untuk test…lepas tu perhatikan resultnya..sama ada passed..atau failed…aku keliru nak bezakan jenis-jenis radio..kerana lain radio..lain mesinnya…Sonia tiba2 naik bengang bila aku terkeliru begitu…sampai dia berkata ish!...geram jugak aku masa tu…berlagaknya dia….tapi aku pendam dan cuba bezakan sendiri…dia anggap aku boleh tangkap semuanya dalam satu explanation yang laju macam bullet train tu ka??....

Balik ke rumah saja hari itu aku terus mengadu pada umi dan bapa…Matilah kerja macamni!…kerja 12jam!..kena berdiri sepanjang masa!…lepas tu rasa terasing sangat sebab masih baru….haaaah…..betul-betul rasa tak tahan…dah fed-up!..nak berhentiiiiiii…..Tapi umi dan bapa gelakkan aku ja.. “Mana ada orang mati kerja kilang melainkan bahaya..tengok orang lain…ok ja pun…” Betul jugak….tapi aku ambil masa untuk sesuaikan diri…Aku, Liza dan kawan-kawan yang lain sentiasa rehat sama-sama…nasib kami sama…contractor dari Manpower…kami makin rapat..tambah-tambah lagi semua dalam geng ni sebaya…umur tak jauh beza…orang-orangnya pulak suka melawak…macam Ida..Amy…Aida…aku pulak?pemalu…….hehehehehehe……

Hari makin hari aku dah boleh suaikan diri bekerja di Motorola…dengan gogglenya…uniform birunya..tak lupa safety shoes..senior-senior selalu ingatkan “Safety shoes jangan lupa tukar lepas balik keja…kasut ni sensitive..tak boleh pakai di luar kilang…dalam kilang pulak kena selalu pakai google.. kalau tak nak malu pakai goggle macam snorkeling goggle tu…pakai cermin mata yang takda power pun takpa macam akak ni…kat sini dah ada kes operator yang matanya tercucuk tweezer!....” Ya Allah….ngeri!....jadi sebab tu kena patuh pada arahan dan etikanya….

Aku bekerja 2 shift…setiap shift 12 jam…6am-6pm atau 6pm-6am… mula-mula bekerja, aku dihantar dan diambil oleh umi atau bapa…sebab tak mahu menyusahkan umi dan bapa lagi, aku cuba untuk guna perkhidmatan bas kilang. Akak-akak dari Line Tetra banyak membantu… “Adik cari no plat sekian..sekian…bas tu lalu dekat Batu Uban”…Habis kerja waktu jam 6 petang….pekerja-pekerja mula sibuk balik…ada yang berjalan santai…ada yang kelam kabut..ada yang masih sembang-sembang di kawasan locker…petang tu aku tak ambil masa lama di kawasan locker..aku ambil beg..ucap bye pada kawan-kawan dan terus bekejar mencari bas..macam orang sesat saja..terpusing-pusing…terhendap-hendap melihat no.plat…biar dapat bas yang betul..

Alhamdulillah akhirnya dapat juga…bila naik bas tu ada yang pandang semacam..tapi biarlah…rasa nak pulang sangat-sangat masa tu…nasib baiklah bas memang berhenti di bus stop Batu Uban..rupa-rupanya ada juga permanent worker dari Motorola yang turun di situ..aku dah mula menggelabah nak bagitau driver masa tu…memang penakut sikit…huhu…turun-turun ja dari bas..aku kena jalan kaki masuk ke kawasan flat batu uban….jalan sambil tunduk masa tu..penatlah katakan….dalam kepala fikir nak balik rumah…nak balik rumah…nak balik rumah…tiba-tiba aku baru perasan…………………..aku tak tukar kasut….aku pakai safety shoes balik rumah!..wawawawawawawa……….

Bersambung…………

2 komen masuk:

Mr_Ars berkata...

waa....mencabar juga ya kerja syg...masa tu abg kerja sbg tukang kebun jak kt png...jd hang kebun..hahaha..

neesa_jun berkata...

mencabar juga keja tu...sampai nak nangis pun ada sebab ada buat silap....

hehehe..hang kebun....bila nak sambung cita tu????..........

 
Aim for 50! - Simpl3 Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]