Kalau ko tak pakai tudung, cikgu tarik rambut ko!
Marah saya keras pada pelajar bernama Azizah(bukan nama sebenar). Sudah menjadi peraturan di sekolah ini pelajar muslim diwajibkan bertudung ke sekolah.Bahkan agama Islam sendiri mewajibkannya. Namun menjadi norma masyarakat di sini...anak2 muda Islam tidak bertudung apabila berada diluar rumah. Sungguhpun saya terasa hairan bagaimana mereka boleh hadir ke sekolah tanpa rasa pelik jika tidak bertudung...namun bagi mereka itu perkara biasa.
Azizah memberi alasan tudungnya basah jadi sebab itu dia tidak bertudung ke sekolah. Saya menambah.."Ko datang sekolah macamtu sama macam ko tak pakai baju ja!"geram saya. Mungkin kerana segala yang saya pendam terhadap pelajar ini juga mahu turut saya luahkan hari itu. Azirah pelajar yang sukar memberi tumpuan.selalu bercerita dengan kawan-kawannya semasa guru mengajar.Pakai alat mekap ke sekolah.Tidak menyiapkan kerja sekolah and the list goes on...
Niat saya cuma nak perbetulkan apa yang silap....tapi akhirnya saya yang membuat kesilapan.Teguran keras saya tadi saya lakukan di dalam kelas,dihadapan pelajar-pelajar yang lain termasuklah mereka yang bukan beragama Islam.Dalam keadaan marah, saya tiba-tiba tersentap dengan pelajar bukan muslim yang berbisik pada kawannya.."tak boleh ka kalau tak pakai tudung?"
Saya jadi malu.Malu dengan perangai saya. Saya mencerminkan Islam itu kasar dengan cara saya mengherdik Azizah depan pelajar yang lain. Apa mungkin mereka yang bukan muslim berfikir Islam ini keras kerana tiada cara lebih lembut untuk muslim menegur sesama mereka?.....saya malu.
Peringatan buat saya....dengan kepala yang saya litupi dengan tudung, itu mesej bahawa saya ini seorang Islam yang mendukung perintah Allah menyuruh hambanya menutup aurat...tapi perangai saya jelek.tidak cantik.Orang menilai Islam pada penganutnya...bukanlah pada Islam itu sendiri..melainkan mereka mengkaji.Besarnya peranan seorang muslim itu berdakwah melalui tingkah lakunya.......saya merenung dalam diri.............................
0 komen masuk: