Hey!look here =)

12.11.11

Bermula di sini

Pada muslim perempuan a.k.a muslimah di luar sana...pernahkah kita terfikir tentang benda2 yang sering dipandang ringan seperti aurat, tingkah laku,gerak tubuh,lunak suara, sentuhan antara bukan muhrim...benda2 ni selalu di'halal'kan sebab sudah menjadi kebiasaan.

Semuanya bermula dengan aku yang bersalam dengan dua orang pelajar lelaki tingkatan 5..My BF tegur..kenapa salam sedangkan tak boleh?..aku tersentap malu sebenarnya masa dia tanya begitu.Ada benarnya tegurannya itu.

Maka harini sekali lagi ada majlis Perhimpunan Akhir Tahun Asrama.Slot yang terakhir ialah semua pelajar asrama bersalaman dengan para warden..Aku sedikit gentar..namun aku tetapkan hati.Apabila semua pelajar lelaki asrama berbaris bersalaman dengan para warden...bila sampai giliran aku..aku menyatukan kedua tapak tangan sambil menunduk sedikit sebagai ganti salam aku.Mula2 agak janggal..ada yang menghulur salam.budak2 kecil.namun aku tolak cara baik..kesian tapi itulah cara yang betul.Ada juga yang membalas dengan cara yang sama..cara ini aku perhatikan dalam Ayat-ayat cinta.Bila ada bukan muhrim menghulurkan salam..Mas Fahri(watak utama) membuat salam tanpa sentuhan.In the end..pelajar2 ini faham juga..Alhamdulillah....benda yang dipandang ringan tapi memberi dosa kecil.

Mungkin ada yang melihat aku sebagai cikgu 'alim'..padahal tadi pakai Kebaya Nyonya.Haha..but i guess..semuanya bermula dengan langkah yang kecil...

Walaubagaimanapun.....

Diharuskan berjabat tangan dengan bukan muhrim dengan dua syarat- Qaradhawi



2 komen masuk:

cikguden berkata...

sukar untuk memulakan langkah pertama. tetapi mudah bila kedua kali dan seterusnya

Zharif Alimin berkata...

Buat je. Tak ada apa yg rugi. Di saat kematian, kita akan sedar kita hanya hidup sesaat je. Dunia hanya cebisan

 
Aim for 50! - Simpl3 Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]