Hey!look here =)

9.8.11

Tak sama macam dulu~


Saya meraba-raba mencari payung lipat dalam beg..argh!tertinggal lagi!...hujan semakin lebat...mana mungkin saya boleh balik kalau begini..jam baru 2pm tapi gelapnya sudah seperti waktu maghrib.Kalau begini, terpaksalah saya tunggu....saya tunggu di ruang depan dewan kuliah.ada kerusi besi di situ.terlindung dari hujan.



Sedang saya sabar menunggu hujan reda sambil membaca nota yang saya salin semasa kuliah tadi..tiba-tiba datang seorang lelaki duduk ditepi saya. Dengan sekilas pandang, saya tahu dia juga kuliahmate saya yang saya tidak tahu namanya kerana bilangan kami yang terlalu ramai dalam 1kuliah. Saya biarkan dia di situ.Memandangkan kerusi yang kami duduk itu kecil.jadi tidak jauh tidak juga rapat kedudukan kami..dia letakkan helmet diantara kami...saya faham...lalu saya gerakkan sedikit menjauhi dia.hujan semakin lama semakin lebat...tiada tanda-tanda untuk berhenti.resah saya menunggu...sudah hampir 20 minit menunggu.

"Tunggu hujan reda jugak ke?" lelaki itu tiba2 bersuara.

"Ya"

Saya jawab ringkas.

"Tunggu jugak?"

"Ya,ada motor..tapi hujan lebat macamni..tak sanggup nak redah.tunggu la dulu.tapi rasa-rasa macam hujan tak nak berhenti ni" ujarnya sambil mengetuk2 helmet yang dipegangnya.

"Kita satu kuliah kan??..saya Man" pantas saja dia memberitahu.

Saat ni saya rasa macam nak tergelak saja.Typical~mula-mula tanya tunggu hujan.lepas tu bagitau nama.tapi saya gelak dalam hati je.

"Ya..kuliah Ekonomi...saya Su"saya perkenalkan diri.

Seterusnya perbualan kami berlayar tentang kuliah, nota, 'kutuk-kutuk' pensyarah...hehehe...

Akhirnya jam 3.15pm..hujan reda...huh, penat menunggu!..

"Hujan dah renyai-renyai ni...rasanya dah boleh balik" Man segera mencapai helmetnya lantas berdiri. Saya ambil haluan menuju ke bus stand.

"Ok,bye!" kami serentak mengangkat tangan lalu berangkat pergi.

3 hari selepas itu...

Kuliah ekonomi lagi. Semasa di awal kelas..saya perasan Man masuk ke dalam bilik kuliah.kami sama-sama mengangguk sambil tersenyum. Kuliah berlangsung seperti biasa...dan di akhir kelas..tiba-tiba Man datang.....

"Su, pinjam nota tadi" selamba ja Man.

"ha?"saya terpinga-pinga...kawan-kawan yang lain pun jadi hairan.

"Nota yang tadi?"

"Ya lah...tak sempat salin..kan awak jugak cakap...En.Salim ni kalau mengajar macam nak kejar bus ja lajunya..." Man berlagak selamba lagi.

"Haha..ok..ini notanya.tulisan cakar ayam.."saya beri pada Man.Cuba berlagak selamba juga.

"Thanks! esok ada kelas lagi kan?esok saya bagi"

Man berlalu..keluar dari bilik kuliah bersama-sama kawan-kawannya.

"Wyh...sejak bila ko kawan dengan Firman tu...wah!macam ada cita ja ni!"sofia yang duduk di tepi saya cuba mencungkil cerita.

"Eh, mana ada...aku pun heran ni...kami mana ada rapat.sembang sekali aritu ja kot.kalau dia nak jatuh cinta,bukan salah pun kan?"

"Ces,nyampah!hahaha..."sofia gelakkan saya. saya juga gelak sama..tiada terlintas apa2 dalam kepala.serius, tiada apa-apa perasaan..cuma hairan kenapa dia tiba-tiba mesra begitu..macam dah kenal lama...

Kepelikan Firman tidak berhenti setakat tu...ada lagi yang lebih pelik.......................nanti saya ceritakan.

4 komen masuk:

sufie berkata...

"tunggu jugak?"

"tak. basuh payung"

ngeee~ jangan marah eross. just wanna make u smile~ ^ ^v

neesa_jun berkata...

no! not smiling!but laughing!!hahaha...sometimes kita tanya stupid questions kan?hahahah...miss u duta~

sufie berkata...

okey~ laughing! hahaahhhahahahahahahahahhahaha~ kalau dalam sykpe, gune smile yang gelak putar macam roda tu. ngeee~

neesa_jun berkata...

huhuhu..eross cabar duta tawa guling2 gitu...buat tul2...mo tgk brapa kali guling....hahahaah..

 
Aim for 50! - Simpl3 Grey Template - Design by [P0L5K4H4CKR3W]