Hanya dua perkara saja yang boleh buat aku putus daripada berfikir perkara meresahkan hati iaitu membaca dan menulis.Perkataan yang tercantum menjadi ayat yang bijak bagai melintasi minda mencetus buah fikir yan menggoncang rasa yang telah lama tidur di dalam dada.Aku berkobar-kobar ingin menjalin ayat-ayat yang bermain di fikiran yang keluar kadang kala sembarangan tak kira masa dan di mana.Jika tidak dicurahkan, akan rasa sesak dada umpama menahan rindu pada orang jauh.sakit tak tertumpah rasa.Bait-bait ini ku persembahkan bukan untuk menghibur kamu pembaca ku..tapi untuk jadi pendampingku saat sedih dan pengisi saat kosong.Tiada teman yang sudi bertanya kenapa, tiada orang lalu lalang yang berhenti mahu mengerti.Hidup ini berjalan nampak rata.Naik dan turun itu juga dirasa di dalam sahaja.Bukanlah dilambung bukanlah ditanam.Tapi hidup ini mengajar,cuma kita yang enggan belajar.Cinta penuh dengan janji yang tak kesampaian usahlah dijalani lagi kerana ia hanya indah sementara namun bila kebenaran terserlah lebih sakit daripada kehilangan harta kerana saat itu satu jiwa sudah tertipu, sudah hancur dipijak janji manis yang mengundang bahagia dibelakangnya sengsara.Apalagi diharapkan pada tahun ini yang sudah mahu ditutup oleh manusia.Angka baru hampir mula dibuka.Aku bukakan hati pada mimpi baru.semoga ia membuai jiwa kosong ku ini menjadi realiti.harumnya dapat jua ku cium bukan sekadar ilusi yang ku bina di fikiran mati.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komen masuk: