"Cikgu, Karlia bagitau dia mo ikut puasa besok" ujar Ayu.
"Hah, mana Karlia?"
Karlia menyusup masuk sambil cuba berselindung di belakang badan kawannya...malu-malu dengan saya.
Karlia adalah pelajar bukan beragama Islam. Cantik orangnya.Berkulit putih bermata bulat.Saya gelar dia 'kaki tv' kerana dia antara pelajar yang wajib ada di depan semasa tayangan Hindi.
Permintaan Karlia sedikit mengejutkan saya namun teruja mendengarnya.
"Karlia, kenapa mau puasa?"
"Saya mau cuba cikgu.."jawab Karlia sambil tersipu-sipu. Rakan-rakannya yang lain turut tersenyum-senyum.
"Tapi kenapa?" saya masih belum berpuas hati...pasti ada sebab.
"Owh...sebab kamu mau diet ka?" just a wild guess...
"Tidak cikgu...saya mau ikut kakak saya..." pantas Karlia menjawab.
"Ikut kakak??" saya keliru.
"Cikgu, kakak saya masuk Islam...saya mau ikut dia puasa.."penjelasan yang cukup dari Karlia.
"Owh...kalau begitu boleh saja...just bagitau orang dapur sediakan makanan lebih untuk kamu...tapi ini tidak bertentangan dengan agama kamu?"
"Tidak cikgu.."
"Ok..kalau begitu..cikgu ok saja...sebelum ni pernah puasa?"
"Pernah cikgu..tapi sehari saja...tak tahan..tapi kali ni saya mau puasa sebulan!" jawab Karlia dengan senyuman yang tak pernah hilang dari bibirnya.
"Haha...ok,kamu tau puasa itu tidak makan tengahari?"
"Ya cikgu..saya tau.."
"Bah..puasa la kalau begitu.." senang saya mendengarnya.
Hari ini hari kedua berpuasa...saya belum sempat bertanya sendiri kepada Karlia jadi saya bertanya kepada rakan-rakan muslimnya..mereka memberitahu Karlia memang berpuasa,cuma mukanya pucat sedikit dan saya dapat khabar bukan karlia sahaja yang berpuasa bahkan Ashley dan Charlette pun turut ikut.Sahur dan berbuka bersama-sama pelajar muslim yang lain.
Mungkin bagi mereka, berpuasa setakat berlapar dan dahaga...namun bukankah sesuatu yang memalukan jika mereka ini boleh melakukannya tetapi tidak bagi sesetengah muslim yang dijanjikan ganjaran bila berpuasa.Sungguh merugikan.
Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada anak-anak ini dan memberkati kita di bulan ramadhan yang penuh berkat.
p/s: suddenly mode ustajah malam ni.kwang3!
2 komen masuk:
peewitt. kirim slam yaa klau btlbtl cntikk. kekekekeke =p
eee...mata keranjang.ahaha...